My ads

Saturday, January 22, 2011

Analisis FPK & FPG

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)  Malaysia.

Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah membawa kepada wujudnya Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama dan bertujuan untuk mencapai perpaduan  yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Malaysia.

Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkan pada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK. Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka, matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, ia juga bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut

Selain daripada yang disebutkan di atas, adalah juga diharapan bahawa melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat yang:



Faktor dalam perkembangan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Seperti yang diketahui umum, fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan atau haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan negara.

Maka, dalam usaha menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), faktor-faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah:

Jika dirujuk semula terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kita dapat mengkajinya dengan lebih lanjut. Definisinya adalah seperti:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dnn segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serrta memberi  sumbangan terhadap  keharmonian dan  kemakmuran masyarakat dan negara.”

Dari segi faktor agama, Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia tetapi agama lain juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Dalam agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor- faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, laitu: “menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

Manakala dalam faktor sosial pula, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Seperti yang diketahui, keharmonian dan kemakmuran negara adalah bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: “.....melahirkan rakyat Malaysia..... memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Dari segi politik pula, sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di  dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas

Dalam aspek ekonomi, rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan  rakyat  Malaysia  yang  berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidika negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seterusnya, faktor individu seperti potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan  yang  seimbang dan harmonis  sentiasa  mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa  menikmati  ketenteraman  jiwa serta bersedia mengnadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Akhir sekali, dalam faktor sejagat, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan  Falsafah Pendidikan  Kebangsaan  sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan…” Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup


Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Dengan berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara

Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, maka dapat diringkaskan seperti berikut

Elemen pertama dalam FPK ialah “Pendidikan suatu usaha berterusan”. Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.

Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja, sekolah di tempat-tempat seperti dan diteruskan di peringkat selepas institut pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICTsecara on-line dan melalui media massa. Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita mengbadapi dan menangani pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK.

Elemen seterusnya  ialah “Memperkembang potensi individu”. Mengikut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.

Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah, kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian

Dalam perkembangan  unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada sifat kejiwaan dan kebatian, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.

Dalam elemen perkembangan potensi secara menyeruluh dan bersepadu,  perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.

Selain itu, elemen seterusya yang ditekankan ialah membentuk insan yang seimbang dan harmonis. Seperti yang diketahui umum, insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak mahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Selain itu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dan dalam tahap optimum.  Di samping itu, insan ini juga adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa beriktiar dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Seterusnya, dalam elemen kepercayaan kepada Tuhan. Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya.

Maka, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh penciptanya, mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta, menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam atau menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri dan seterusnya melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan.

Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan dalam FPK juga. Elemen ini menyaran rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan  berusaha meningkatkan dan  menyebarkan  ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang ditekankan dalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap dan sempuma. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempuma

Seterusnya, rakyat malaysia yang berakhlak mulia menyaran rakyat perlu  memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk atau menyerdari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk.

Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab  juga ditekankan kerana rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan  mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

            Rakyat Malysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri juga disarankan sebagai salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan potensi individu secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang sihat dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik.

            Elemen yang terakhir yang ditekankan dalam FPK ialah “rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan”. Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Maysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupuk keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah, tolerensi dan hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara. Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkan kestabilan negara dengan mematuhi, mengekalkan dan mempertahankan Perlembangan sebagai menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersemangat patriotik dan cintakan negara.

           
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Konsep FPG

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru. Matlamatnya ialah melahirkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Matlamat Pendidikan Guru

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.


Model Konseptual Pendidikan Guru
Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi tiga dimensi utama, iaitu:

1.   Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berterasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.
2.   Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen perubahan.
3.   Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu:

1.   Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.
2.   Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3.   Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.

Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan. Disamping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmaniUnsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru adalah digambarkan seperti Rajah di bawah:

Elemen-elemen dalam FPG

Elemen-elemen
Analisis
1.   Berpekerti mulia
v Sahsiah guru yang baik – bersopan, berdisiplin, bermoral……
2.  Berpandangan progresif dan 
     saintifik
v Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional
v Memberi penekanan kepada sains dan teknologi
3. Bersedia menjunjung aspirasi 
    negara
v Berusaha agar dapat menyumbang ke arah pencapaian aspirasi negara
4. Serta menyanjung warisan
    kebudayaan negara
v  Menghayati warisan kebudayaan Negara
v Menyemai sifat patriotisme    dan cintakan
     negara
5. Menjamin perkembangan individu
v  Perkembangan guru dan  murid secara menyeluruh (aspek JERI)


 

0 comments:

Post a Comment