My ads

Wednesday, December 1, 2010

Kesan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu

Apakah kesan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu.

Kesan dari segi Agama dan Kepercayaan.

            Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat melayu telah meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan, hormay-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

            Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama. Kepercayaan masyarakat melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menggangap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau pemyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu ditafsirkan sebagai hantu, jembelang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989: 26).

            Islam mengubah world view masyarakat melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab suci. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji. Masyarakat melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nurul al-Quran.

 

            Perubahan yang paling utama ialah dari sudut kepercayaan yang mana masyarakat meau telah doperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yang berteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah world view orang melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan masyarakatnya,alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman, 1997: 185).

            Selain itu, kegiatan keagamaan diadakan seperti muzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut dengan penuh penghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka sudah mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di Melaka ketika itu. Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam (Zainal Abidin bin Abdul Wahid, 1992: 29).

            Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan oleh Islam dan masyarakat. Beberapa aspek pemikiran yang wujud dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam telah menekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam a.s. dijadikan dari tanah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme (Abdullah IshaK, 1990: 133-134).

Kesan dari segi pendidikan

Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Sintem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar mula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-kitab.

Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirnya para cendiakawan dan ulama-ulama melayu yang menjadi pengawai [emerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Shiekh Wan Hasan Wan Ishak (Hashim Hj. Musa, 2004: 46).

Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi dengan memperkenalkan mitod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat (Rashid Muhammad, 1996: 140).

Selain itu, kedatangan islam di Melaka menyebabkan sistem pendidikan berlangsung di rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf.

Kesan dari segi bahasa dan kesusasteraan

Bukti keteguhan kedudukan agama Islam dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang melayu ketika itu. Para era kerajaan melayu melaka (1400-1500M), misalnya, bahasa melayu dijadikan lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembagan bahasa melayu daripada bahasa klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1988: 91).

Tulisan Arab mula diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi.

Kedatangan Islam juga membawa perubahan terhadap warisan kesusasteraan melayu. Banyak hasil kesusasteraan melayu ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul dan sebagainya. Manakala puisi yang dipengaruhi oleh sastera Islam ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai dan sebagainya.

Kesan dari segi perundangan

Sistem perundangan tempatan mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat perpatih dan Adat temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya, hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjarakan sahaja.

Selain itu, tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terpenciri satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan keterangan dan sebagainya.

Kesan dari segi Politik dan pemerintahan

Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama islam telah diistiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Beberapa institusi Islam didirikan bagi mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar menjadi sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilonggarkan oleh raja.

Kesan dari segi kekeluargaan

Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem kekeluargaan masyarakat melayu. Dalam masyarakat melayu, pembentukan jati diri dan peribadi melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan. 

            Sistem kekeluargaan masyarakat melayu berteraskan Islam dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep dosa, pahala dan sebagainya. Setelah meningkat umur lima tahun diajar bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu, mereka juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dalam kehidupan seharian.

Kedatangan Islam ke Melaka telah mengubah sistem kekeluargaan dalam masyarakat melayu. Dalam sistem perkhawinan, didapati hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar malah ianya dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka.

Kesan dari segi adat dan cara hidup.

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran islam. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan Islam, adat dan cara hidup masyarakat melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan.

            Sebelum kedatangan Islam masyarakat melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat melayu mula menganuti ajaran agama Islam, adat-adat dalam masyarakat melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan Islam. Contoh perubahan adalah seperti cara menyambut kelahiran seseorang bayi, perkhawinan, adat mendirikan rumah baru dan sebagainya.

2 comments:

nur aishah bte abd hadi said...

salma
mana awak dpt info ye
saya sedang mencari perbezaan dan persamaan tamadun melay sebelum dan selepas kedatangan islam..boleh tolong x
ni email sy
aishah.hadi@customs.gov.my

Unknown said...

Boleh tk nk tanya... Nyatakan dua kesan kedatangan islam terhadap masyarakat tempatan....

Post a Comment