My ads

Wednesday, November 17, 2010

EKOSISTEM MARIN

EKOSISTEM MARIN

Ekosistem marin boleh dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu zon pesisiran pantai, zon terumbu karang dan zon laut dalam.


Zon Persisiran Pantai

Persisir pantai di sini dimaksudkan sebagai garis penemuan darat dan laut. Zon pesisir pantai bermula daripada kawasan tepian laut (pentas benua) yang dicecahi air laut semasa air pasang dan surut pada bahagian garis pesisirnya. Jenis pesisir pantai terdiri daripada kawasan bakau (muara), kawasan pantai berpasir, kawasan pesisir berbatu dan kawasan pesisir berais.

Garis panjang persisir pantai adalah panjang tetapi lebarnya kadangkala adalah beberapa meter sahaja. Tiada dua pesisir pantai yang serupa disebabkan oleh proses pembentukannya yang berlainan iaitu ia dipengaruhi oleh pasang surut, angin, ombak, arus air, suhu, cuaca dan geologi kawasan tersebut.

Jenis batu-batan yang terdapat pada persisiran pantai adalah penyebab utama pembentukan garis pesisir. Batu-batan seperti basalt, granit dan sesetengah batu pasir tahan hakisan. Batuan jenis ini biasanya membentuk tanjung tinggi dan cerunam yang tinggi dan stabil sehinggakan tumbuhan dapat hidup tegak dan kukuh dengan tumbesaran yang baik.

Pesisir pantai yang terdiri daripada tanah liat, pasir, batu kapur dan zarah longgar senang dihakis oleh ombak. Kadangkala ombak menghakisnya 1-2 m setahun dan boleh menyebabkan keseluruhan komuniti tepi laut dihakis oleh tindakan laut.


Tumbuhan Pesisir Pantai

1) Pokok
            Beberapa spesis tumbuhan yang biasa ditemui dekat pesisir pantai adalah pokok gajus dan pokok kelapa. Kedua-dua pokok ini mempunyai bentuk yang boleh tahan angin kencang. Pokok gajus adalah pohon rendah  manakala pokok kelapa mempunyai bentuk palma dan tidak berdahan. Kadangkala pokok kasuarina boleh dijumpai. Pokok ini mempunyai pengubahsuaian untuk keadaan angin kencang di mana daunnya berbentuk jarum. Ini adalah untuk menghindarkan penyejatan dan mengelakan kehilangan air yang banyak kerana kawasan pesisir pantai adalah panas dan berangin.

2) Rumpai laut
            Kawasan di pinggir air didiami oleh rumpai laut. Tumbuhan ini adalah alga yang tidak mempunyai akar tetapi mempunyai struktur pelekap yang membolehkannya melekap pada batuan dan substrat keras. Tumbuhan ini terdiri daripada spesis yang tenggelam sepenuhnya atau  tenggelam separuhnya di dalam air laut. Alga ini boleh dijumpai di dalam pelbagai warna iaitu hijau, merah dan coklat.
  
            Rumpai laut perang ialah yang paling mudah dijumpai. Bladder wrack ialah salah jenis daripadanya. Ia mempunyai banyak gelembung-gelembung udara di dalamnya menjadikan ia mudah terapung.

            Rumpai laut memberi perlindungan dan menjadi makanan kepada kebanyakan binatang laut. Para petani menebarkan rumpai laut di ladang-ladang untuk menyuburkan ladang.


Haiwan Pesisir Pantai

            Kepelbagaian haiwan di kawasan pesisir pantai adalah jauh lebih banyak daripada tumbuhan. Haiwan yang paling banyak terdiri daripada kumpulan moluska atau kerang-kerangan di mana jumlahnya telah dianggarkan lebih daripada 120, 000 spesis. Moluska secara amnya mempunyai tubuh yang lembut, kaki yang berotot untuk bergerak dan cengkerang yang terdiri daripada kalsium karbonat dan mineral lain yang boleh dihasilkan daripada air laut.

Contoh haiwan-haiwan pesisir pantai termasuklah:
1) Moluska
            Sejenis moluska yang mempunyai tubuh badan yang leper berbentuk bujur yang disaluti cengkerang yang bertindih.

            Moluska ini sering ditemui melekat pada batuan di kawasan air cetek antara pasang surut. Kiton makan pada waktu malam iaitu dengan mengikis alga daripada batuan.Kerang adalah dwicengkerang yang biasanya hidup di dalam pasir. Siput razor hidup terkedalam sedikit. Mereka mempunyai dua cakerang keras yang bertangkup. Ia lazimnya ditemui di dalam pasir basah di pinggir laut dan tebing sungai. Kerang dan siput mengeluarkan sejenis tiub kecil dari cangkerang kerasnya semasa air pasang. Dengan tiub itu mereka menyedut air laut dan mendapat makanan.

2) Cacing
            Haiwan ini banyak ditemui di kawasan pantai berpasir. Ia mempunyai tubuh badan bersegmen dan berbentuk silinder yang membolehkan ia bergerak dengan mudah melalui substrat di tempat tinggalnya, yang biasanya berbentuk huruf U. Setiap segmen badan dilitupi oleh bulu kejur yang digunakan untuk mengesan getaran pada substrat yang boleh mengesan kehadiran pemangsa. Terdapati juga sejenis tiub sepanjang pensel. Tiub-tiub ini terbentuk dari pasir yang melekat. Cacing merak dan cacing gelang hidup di dalam tiub-tiub ini.

3) Krustasia
            Haiwan yang kerap dijumpai di kawasan pesisir pantai. Ianya diwakili oleh ketam, udang karang, geragau dan udang. Ketam mempunyai penyepit yang besar untuk membantunya menangkap mangsa. Teritip tergolong dibawah kumpulan moluska tetapi menyerupai berangas.

4) Mamalia laut
            Mamalia laut yang biasa ditemui adalah ikan lumba-lumba, dugong dan
memerang manakala mamalia daratan yang hidup berdekatan dengan pesisir pantai termasuklah kera, lontong kelabu dan musang pulut.n


5) Penyu
            Walaupun sesetengah haiwan lebih selesa di laut, ia masih mendarat untuk bertelur. Contohnya penyu laut betina naik ke pantai untuk bertelur. Para saintis menganggarkan umurnya lebih daripada beratus juta tahun ia telah hidup di sini. Para saintis juga menyatakan bahawa banyak antara spesis ini telah hidup di darat selama beribu-ribu tahun dahulu sebelum ia pulang ke laut. Mereka mempercayai bahawa inilah sebab mengapa penyu betina masih bertelur di pantai.

6) Burung laut
            Ada pelbagai jenis burung camar di tepi laut. Salah satu darinya ialah jenis yang dikenali sebagai ”camar kepala hitam”. Kepalanya berwarna perang tua. Camar ini berbulu gelap di kepalanya pada musim bunga dan musim panas. Pada musim sejuk kepala camar ini putih keseluruhan dan hanya terdapat satu garis hitam atas matanya.

            Camar laut akan terbang ke laut lepas hingga ia terlihat ikan dan segara berhenti dan menjunam terus ke dalam air untuk menyambar mangsanya. Camar laut hidup di Britain semasa musim panas dan berhijrah kebenua Afrika (yang panas) pada musim sejuk
2

Zon Terumbu Karang

Zon terumbu karang adalah zon yang bermula dari bahagian pentas benua yang sentiasa diliputi air laut cetek. Terumbu karang merupakan organisma hidup yang terhasil daripada mendapan kalsium karbonat yang dilepaskan oleh polip karang yang hidup, alga berkarang dan organisma marin yang lain. Polip karang mempunyai perut yang menyerupai pundi, mulut dan tentakel yang terletak pada dasar pantai. Biasanya rangka karang ini adalah keras dan tajam. Terumbu hidup baik pada suhu 26-27ºC, air yang mempunyai kemasinan yang malar, jernih dan cetek.

Terumbu karang berfungsi sebagai tapak pemakanan dan pembiakan ikan dan hidupan marin yang lain. Oleh itu haiwan yang hidup di terumbu karang adalah beraneka warna. Terdapat tiga jenis terumbu karang yang utama yang dibezakan oleh kedudukan tanah benua di atas permukaan laut.
1

Tiga Kawasan Tumpuan Utama Haiwan Di Laut
Dasar laut dibahagikan kepada 3 zon iaitu :-
ZON EPIPELAGI
Atau Dikenali Sebagai
ZON EUFOTO

ZON MESOPELAGI

ZON BETIPELAGI
Ekosistem Marin
19

Rajah 11 : Tiga zon utama di lautan – Zon Epipelagi, Zon Mesopelagi
dan Zon Betipelagi


Terumbu birih adalah terumbu yang tumbuh di keliling pulau atau pesisiran tanah besar. Terumbu sawar adalah terumbu yang terdapat di sepanjang pinggir pentas benua (cuma sebahagian kecil puncak tanah besar yang timbul di permukaan laut).

Terumbu atol iaitu terumbu pulau terumbu yang berada ditengah-tengah lautan di mana keseluruhan pentas benua itu ditenggelami air laut. Terumbu karang penting sebagai faktor penentu populasi ikan, terutama ikan yang selalu ditangkap untuk tujuan ekonomi. Warna-warna terumbu karang dan hidupan lain yang menarik menjadi tarikan utama kepada manusia untuk melihatnya terutama kepada penyelam dan pensnorkel.

Zon laut dan lautan meliputi kira-kira 71% daripada permukaan bumi kita. Bahagian-bahagian laut dibezakan oleh kedalaman dasar lautan tersebut. Secara amnya, terdapat tiga bahagian utama iaitu zon Epipelagi, Mesopelagi dan Betipelagi.

Zon epipelagi adalah bahagian atas laut yang bermula dari permukaan atas hingga kedalaman 150m. Di dalam zon ini terdapat paling banyak hidupan laut yang boleh ditemui. Plankton yang cuma ditemui di permukaan laut menjadi sumber makanan utama kepada hidupan laut yang lain. Kehadiran plankton ini juga menjadi panduan kepada nelayan laut untuk mencari ikan. Antara spesies hidupan laut adalah ikan lumba-lumba, plankton dan sebagainya.

Zon mesopelagi adalah zon di bawah kedalaman 200m hingga 2000m. Di kawasan ini cahaya matahari semakin berkurangan dan suhu air juga semakin sejuk. Disebabkan faktor ini hidupan laut juga bekurangan. Spesis yang boleh didapati adalah jenis-jenis ikan paus, dugong dan sotong gergasi.

Zon betipelagi adalah kawasan yang terdalam sekali di dalam profil laut. Ia bermula daripada kedalaman 2000m hingga ke dasar lautan. Di bahagian ini, keadaan sangat gelap dan air sangat sejuk. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa spesis hidupan seperti haiwan bentos dan spesis primitive krustasia. Tetapi disebabkan sumber makanan yang tidak mencukupi, kadang-kadang hidupan ini memakan sesama sendiri.

Zon laut dan lautan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia dan kehidupan hidupan laut itu sendiri. Misalnya peranan plankton, peranan ikan-ikan mamalia kepada hidupan parasit dan sebagainya. Kepentingan utama zon laut kepada manusia adalah sebagai sumber ekonomi dan sumber makanan. Aktiviti perikanan di laut merupakan aktiviti utama yang memberikan sumber protein kepada manusia. Manakala ekosistem laut dan lautan itu sendiri memberikan peluang untuk aktiviti pelancongan.
Ekosiste
m-Ekosistem Di
Hidupan Di Laut
Pelbagai jenis haiwan hidup di laut. Haiwan-Haiwan ini beraneka saiz dan jenis, daripada protis yang terkecil hinggalah kepada paus biru yang terbesar di mana secara bandingan adalah selebar sebarisan lapan ekor gajah. Contoh-contoh haiwan di laut termasuklah:

1) Ikan Paus
            Ikan Paus merupakan hidupan terbesar di lautan. Purata panjang tubuh paus biru adalah kirakira 33 m, lilit keliling 12 m dan beratnya sehingga 150 tan. Hidupan berdarah panas (mamalia) ini mempunyai selapisan lemak yang tebal yang dinamakan blubber pada tubuhnya.

            Lemak ini memastikan tubuhnya hangat walaupun ia berada di dalam lautan yang paling sejuk di dunia. Ia boleh menyelam sedalam 2000 m. Terdapat dua jenis ikan paus iaitu jenis balin dan bergigi.

           Paus Balin makan plankton terutama krill. Paus jenis ini menelan banyak air dan menggunakan kepingan balinnya yang terunjur dar lelangitnya untuk menapis krill dari air tersebut. Paus ini kemudiannya menekankan lidahnya yang besar ke lelangitnya dengan itu menyingkirkan air keluar dari mulutnya.

            Ikan paus bergigi seperti paus pembunuh (killer whale) adalah pemangsa yang memakan ikan, sotong, anjing laut dan paus yang lain. Paus seperti ini memburu secara berkawan dan menyelaraskan usahanya dengan menggunakan isyarat bunyi. Paus bergigi juga menggunakan isyarat bunyi untuk mengawan dan kegiatan sosial yang lain.

2) Ikan Yu
            Ikan yu adalah pembangkai dan akan memakan hampir apa sahaja daripada penyu laut sehinggalah sampah. Ikan yu sering menyimpan makanannya di dalam perut selama beberapa hari sebelum mencernanya. Tubuh yu keras dan diselaputi oleh “sisik” tajam yang merupakan gigi yang telah diubahsuai dinamakan dentikel.

            Ikan yu tidak mempunyai rangka bertulang tetapi berawan. Tubuh ikan digerakkan oleh otot yang besar, yang merentangi sepanjang tubuhnya. Saiz ikan yu berbeza-beza daripada 1 m sehinggalah ke 20m panjang. Ikan yu melahirkan anak yang mana boleh hidup berdikari dengan serta merta selepas dilahirkan.

            Ikan yu tidak mempunyai pundi renang seperti ikan bertulang. Oleh yang demikian ia harus sentiasa bergerak untuk kekal terapung. Ia mempunyai deria bau yang peka dan dapat mengesan darah atau benda yang hampir mati beratus meter jauhnya di dalam air. Giginya sangat terubahsuai di mana ia mempunyai dua set gigi yang tajam, tersusun dalam dua baris. Keunikan ikan yu adalah apabila gigi baris depan menjadi tumpul atau patah, yang belakang akan bergerak ke hadapan untuk menggantikannya.

3) Sotong
            Haiwan sefalapod ini memakan dan dimakan oleh paus sperm. Ia mempunyai 10 tentakel yang digunakan untuk menangkap mangsanya, yang seterusnya dikoyakkan dengan paruhnya yang tajam. Sotong gergasi boleh membesar kadangkala sehingga 30 meter. Badan sotong gergasi  bergaris arus supaya ia dapat bergerak pantas dan ia mengemudikan tubuhnya seringkali ke laut dalam dengan menggerakkan sirip  yang  terdapat di sepanjang sisi tubuhnya. Jika terdapat ancaman, gerakan yang lebih pantas dilakukan dengan memancutkan pancutan air yang kuat. Bantuan tambahan untuk menggelakkan diri daripada pemangsa ialah dengan membebaskan dakwat hitam ke dalam aliran pancutan airnya yang bertindak sebagai “adang asap”.

4) Ikan Tuna
            Ikan tuna adalah ikan pelagic besar yang berenang dalam kelompok. Ia adalah ikan yang penting dari segi ekonomi sebagai sumber makanan, dan adalah ikan buruan yang popular. Ikan ini merupakan salah satu stok ikan komersial. Ikan bukan sahaja menyumbang kepada industri perikanan laut dalam tetapi juga merupakan sumber protein kepada penduduk tepi pantai.

5) Ikan Pari
            Ikan pari mempunyai rangka rawan yang agak sama dengan ikan yu dan kulitnya juga dilitupi oleh dentikel. Ikan pari adalah penghuni dasar laut dan ia memakan kerang-kerangan yang dihancurkan dengan giginya yang kecil dan leper tetapi kuat. Ikan pari tidak ganas tetapi berupaya mempertahankan dirinya dengan duri yang berbisa yang terletak di ekornya. Apabila ia diganggu, pari ini akan menggunakan ekornya yang kuat untuk membidas duri itu kepada organisma tersebut.

6) Dugong
            Mamalia ini juga dikenali sebagai lembu laut dan hidup di perairan cetek dekat pantai. Dugong dewasa boleh mencapai seberat 500 kg dan mempunyai ekor yang leper yang digunakan untuk bergerak ke hadapan. Lengannya telah diubahsuai menjadi pendayung dan digunakan untuk berjalan di dasar laut sementara muncung atasnya yang tersembul dan berbulu kejur digunakan untuk memakan rumput laut dan tumbuhan lain.
25
7) Tapak Sulaiman
           
             Tapak Sulaiman mempunyai bentuk badan seperti bintang dan setiap unjuran itu adalah tangannya Kebanyakan tapak sulaiman mempunyai lima tangan tetapi ada spesis yang mempunyai 50 tangan (dipanggil sea urchin). Kakinya terletak di sebelah bawah manakala matanya berada dihujung tangannya. Di bawah jejari-jerai terdapat beratus-ratus untaian kecil. Untaian berbentuk tiub ini digunakan untuk ia bergerak di atas batu.

            Tapak sulaiman hanya dapat mengesan cahaya. Jika salah satu daripada tangannya patah atau hilang, tangan baru akan tumbuh. Tangan yang putus akan bercambah menjadi tapak sulaiman yang baru. Makanan tapak sulaiman beraneka jenis dari detritus sehinggalah span dan moluska.

Tapak sulaiman boleh dijumpai dalam lopak air.

8) Gamat
            Gamat atau timun laut mempunyai tubuh badan yang panjang dengan struktur seperti daun pada satu hujung. Struktur ini adalah tentakel gamat. Semasa gamat menyusur, ia menggeselkan tentakelnya di dalam pasir atau Lumpur sambil memakan detritus. Satu lagi corak pemakanannya adalah dengan mengambil detritus dari air dengan tentakelnya yang terunjur.

            Dua daripada tentekelnya mempunyai tugas untuk mengumpul makanan dari tentekal lain ke dalam mulutnya. Gamat boleh bergerak dengan menggunakan kakinya seperti tiub tetapi lazimnya berpaut disebelah bawah batuan sementara ia makan. Sesetengah gamat merembeskan bebenang panjang yang melekit untuk melindungi dirinya yang mana akan mengeras danmemerangkap penyerang dan membuatnya tidak bergerak.

Tumbuhan di laut
1) Plankton
            Plankton adalah haiwan kecil dan tumbuhan mikroskopik yang terapung-apung di dalam air dan diangkut secara pasif oleh arus. Tumbuhan tersebut dinamakan fitoplankton dan haiwan pula zooplankton.

            Fitoplankton menjalankan proses fotosintesis dimana ia membekalkan oksigen ke dalam air. Tumbuhan ini boleh dijumpai di kawasan yang boleh ditembusi cahaya matahari. Fitoplankton merupakan dasar jaringan makanan di laut. Zooplankton herbivor memakan fitoplankton dan menjadi penghubung rantaian makanan antara fitoplankton dan karnivor. Zooplantkon wujud pada semua tahap kedalaman lautan dan terdiri daripada haiwan satu sel hinggalah kepada berbagai sel, contohnya ubur-ubur, cacing, krustacea dan moluska.n
26
2) Rumpai Sargassum
            Rumpai sargasum mendapat namanya daripada perkataan Portugis, sargaco yang bermaksud anggur kerana wujudnya bintil-bintil pundi udara yang membolehkan rumpai yang bercabang ini mengapung.

            Rumpai ini dipercayai hidup di laut dalam, membiak secara vegetatif dan berpisah menjadi individu baru semasa ia tumbuh. Rumpai sargasum yang terapung membekalkan ekosistem untuk banyak organisma air cetek pinggir laut, yang lazimnya tidak akan ditemui dalam persekitaran lautan yang terbuka.

Zon Laut Dalam
            Di bahagian dasar laut dalam keadaannya sangat gelap dan sangat sejuk. Tidak ada planton di zon laut dalam. Tetapi terdapat beberapa jenis ikan yang aneh. Ikan yang hidup di bahagian gelap juga berwarna gelap hitam, perang tua dan unggu tua. Oleh kerana tidak ada planton, ikan-ikan akan memakan ikan lain sebagai makanannya.

            Sesetengah ikan dari lautan dalam ini mempunyai ”lampu-lampu” atas kepalanya. Ikan-ikan lain akan datang untuk melihat lampu ini dan lantas mereka menjadi mangsa kepada ikan berlampu tadi. Jika yang datang itu musuhnya, ikan akan memadamkan lampu di kepalanya. 

            Sesetengah ikan lautan dalam adalah buta. Mereka hidup dan mencari makanan dengan berpandukan pergerakan sirip dan sesungut.

Kepentingan Ekosistem Marin
Di dalam ekosistem marin, kawasan yang utama yang menjadi fokus kepada ekosistem ini adalah di kawasan terumbu karangnya. Di bawah disenaraikan kepentingan ekosistem marin:

1) Sumber Perikanan
            Pelbagai spesis ikan dan makanan laut merupakan punca utama sumber protein . Di Malaysia, kawasan ini menyumbang 30% daripada sumber ikan yang ditangkap.

2) Tempat Asuhan Benih
            Kawasan terumbu karang menyediakan tempat perlindungan kepada anak-anak ikan atau invertebrata lain untuk membesar. Kawasan ini kaya dengan pelbagai spesis makanan yang menyebabkan ia suatu kawasan yang amat produktif berbanding dengan ekosistem darat yang lain.

3) Kawasan Perlindungan
            Kawasan terumbu karang menyediakan tempat untuk spesis-spesis ikan atau organisma lain berlindung daripada musuh-musuh ataupun pemangsanya. Suatu adaptasi yang telah diperbaiki ialah penyesuaian warna badan dengan warna sekeliling.

4) Mencegah Hakisan Pantai
            Kawasan terumbu karang boleh menyerap 70 - 90% daripada tenaga ombak sebelum ianya menghempas ke pantai. Kawasan ini juga menyediakan pasir untuk pembentukan pantai daripada serpihan batu karang yang telah mati.

5) Sumber Ubat-ubatan
            Kepadatan kehidupan di terumbu karang adalah tinggi dan persaingan adalah juga tinggi. Banyak organisma menghasilkan toksin untuk mempertahankan diri. Toksin-toksin yang dikeluarkan boleh digunakan di dalam bidang perubatan. Antara bahan lautan yang telah digunakan di dalam industri perubatan termasuklah rangka batu karang dimana ia digunakan sebagai gantian tulang sejak 1982 (Sade, A & Wong, A, 2000) dan juga spesis gamat atau timun laut yang telah dibuktikan berkesan didalam penggunaannya sebagai satu jenis antiseptik. Industri telah berkembang dengan pesatnya di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia.


6) Pelancongan
            Kawasan terumbu karang merupakan tarikan utama pelancong asing ke Malaysia dan ke Sabah. Keindahan di kawasan ini serta suhu laut yang sesuai, sekitar 28-30ºC juga menambahkan keseronokan semasa berada di dalam air di kawasan terumbu karang.

7) Kepelbagain Biologi secara Saintifik
            Kawasan terumbu karang merupakan ekosistem marin yang amat pelbagai dan menjadi khazanah serta kebanggaan kita.8

0 comments:

Post a Comment