My ads

Wednesday, November 17, 2010

EKOSISTEM AIR TAWAR

EKOSISTEM AIR TAWAR

Ekosistem air tawar terbahagi kepada ekosistem tasik dan ekosistem sungai.


Ekosistem Tasik
Tasik boleh ditakrifkan sebagai jasad air tawar separa tertutup yang dilingkungi oleh daratan. Air tasik adalah tidak bergerak atau dikatakan bertakung, maka tasik membentuk habitat lentik.


Ekosistem Sungai
Sungai dikenali sebagai habitat lotik, iaitu prsekitaran air yang mengalir. Pergerakan air satu arah merupakan ciri sungai. Sungai menunjukkan variasi bermusim dari segi isipadu air, kadar pengaliran dan kadar hakisan. Variasi bermusim ini berkaitan rapat dengan kekerapan dan kelebatan hujan sesuatu kawasan. Pergerakan satu arah pada sungai juga menjadikan dasar dan tebing sungai tidak begitu stabil. Pada amnya, air sungai lebih keruh daripada tasik dan kandungan oksigennya lebih tinggi.


Taburan Organisma Di Persekitaran Akuatik
Terdapat banyak pengelasan telah diutarakan untuk menerangkan tabuaran ruang organisma yang mendiami habitat akuatik. Berdasarkan pengelasan am yang digunakan secara meluas, tumbuhan dan haiwan akuatik boleh dibahagikan kepada enam kumpulan atau komuniti utama, iaitu plankton, nekton, bentos, perifiton, pleuston dan makrofit akuatik.


Plankton
Planton adalah organisma yang biasanya bersaiz mikroskopik dan mempunyai daya pergerakan yang terhad dan membentuk komuniti. Ia terdapat di jasad air, sama ada di tasik, kolam, paya, lombong ataupun sungai, sebahagian besar organisma hidup secara terampai di air. Planton merupakan komponen yang penting di tasik yang mempunyai persekitaran yang berair tenang. Pergerakan air yang deras di sungai tidak membenarkan komuniti organisma seni ini berkembang dengan baik.


Nekton
Nekton merupakan sekumpulan fauna atau dikenali sebagai haiwan, yang berenang bebas seperti ikan, kura-kura, katak dan ular. Haiwan-haiwan ini memunyai daya pergerakan yang kuat dan taburannya tidak dipengaruhi oleh pergerakan air. Haiwan ini boleh menentukan sendiri kedudukannya di jasad air.


Betos
Betos ialah kumpulan organisma yang mempunyai hubungan dengan dasar tanpa mengira sama ada organisma ini tumbuhan atau haiwan. Istilah ini digunakan untuk menerangkan hanya kumpulan haiwan yang hidup atau sekurang-kurangnya mempunyai pertalian rapat dengan substrat. Cacing oligoket, cacing nematod, turbelaria, moluska dan larva serangga merupakan fauna yang biasa membentuk komuniti betos.


Perifiton
Perifiton merujuk kepada pertumbuhan mikroflora (alga dan bakteria) di atas substrat yang terendam. Bakteria dan alga yang membentuk lapisan berlendir di batu, kayu atau substrat lain yang terendam ini kadangkala dikenali dengan perkataan Jerman aufwuch.


Istilah
Huraian
Epipelik
Flora yang hidup di atas sendimen
Epilitik
Flora yang hidup di permukaan batu
Epifitik
Flora yang hidup di permukaan tumbuhan akuatik
Epizoik
Flora yang hidup di permukaan haiwan
Episamik
Flora yang hidup di atas pasir


Jadual 5 : Pengelasan perifiton berdasarkan substrat


Pleuston
Pleuston mempunyai penyesuaian untuk hidup di laposan antara udara dengan permukaan air. Organisma makroskopik seperti kiambang dan beberapa jenis serangga seperti Gerris tergolong dalam kategori ini. Komponen pleuston seperti bakteria dan alga secara umum dikenali sebagai neuston. Neuston tinggal di bahagian atas permukaan air dikenali epineuston, manakala yang tinggal di bahagian bawah  permukaan air dikenali sebagai hiponeuston.


Makrofit
Tumbuhan bahagian pangkal tumbuhan yang hidup di dalam air, manakala pucuknya muncul di permukaan adalah makrofit akuatik. Ia merangkumi tumbuhan vaskular dan juga tumbuhan bukan vaskular. Taburan tumbuhan autotrof ini terhad kepada kawasan litoral tasik atau sungai yang cetek. Komuniti makrofit akuatik merupakan penghasil primer dalam persekitaran akuatik. Walaupun haiwan akuatik jarang memakan makrofit secara langsung, namun tumbuhan yang mati menyumbangkan asas kepada jaringan makanan detritus.


Tumbuhan Akuatik Air Tawar
Komuniti persekitaran akuatik sama ada di tasik mahupun di sungai memperlihatkan pembahagian struktur bukan sahaja secara fungsi malahan secara ruang. Komuniti organisma yang hidup terampa di persekitaran akuatik ini tidak ditemui dengan persekitaran daratan. Individu komuniti ini bersifat mikroskopik dan mempunyai keupayaan berenang yang terhad atau terbatas, yang dikenali sebagai komuniti plankton. Planton merupakan gabungan tumbuhan, haiwan kulat dan bakteria yang halus.


Fitoplankton
Fitoplankton terdiri daripada satu kumpulan flora seni berunisel. Ia boleh wuud dalam bentuk koloni atau sebagai satu rantai panjang. Saiz organisma daripada 1m hingga 200µm. Kebanyakan fitoplantion terdiri daripada kumpulan alga yang mempunyai pigmen fotosintesis. Maka ia merupakan pengeluar primer yang penting dalam persekitaran akuatik.

Fitoplankton dikelaskan kepada beberapa filum. Kretira morfologi, komposisi bahan simpanan, komposisi dinding sel, bilangan dan aturan flagelum, cara pembiakan membezakan setiap filum ini. Empat kumpulan utama adalah alga biru-hijau (filum Cyanophyta), alga hijau (filum Chlorophyta), diatom (filum Bacillariophyta) dan dinoflagelat (filum Pyrrophyta).


Cyanophyta
Ahli kumpulan dikenali sebagai alga biru-hijau. Ia bersifat prokariot (iaitu nukleus yang tidak dilindungi oleh membran). Pigmen fotosintesis tidak ditemui di kloroplas tetapi bertaburan di sitoplasma. Dinding sel menyerupai dinding bakteria gram negatif.


Chlorophyta
Dikenali sebagai alga hijau, bersifat unisel hingga kepada alga yang bertalus filament. Selain mempunyai klorofil, ia juga mempunyai kerotenoid dan xantofil yang terkandung di dalam kloroplas. Makanan simpanan utamanya ialah kanji.


Bacillariophyta
Kumpulan alga yang dikenali sebagai diatom. Ia bersifat bentik, boleh ditemui di dasar atau kawasan litoral. Diatom mempunyai bentuk dan saiz yang pelbagai, daripada berunisel hingga sel yang berbentuk rantai seperti Melosira dan TAbellaria. Diatom mempunyai dinding sel yang unik kerana terdiri daripada dua bahagian yang bertindih yang dibuat daripada silica. Bahagian dinding atas dikenali sebagai epiteka, dan bahagian dinding bawah dikenali sebagai hipoteka.


Pyrrophyta
Ahli pyrrophyta dikenali sebagai dinoflagelat yang membentuk komuniti plankton.  Dinoflagelat lebih berkembang di lautan berbanding ekosistem air tawar. Kumpulan ini mempunyai kedua-dua ciri haiwan dan tumbuhan. Selain flagellum, ia mempunyai pigmen fotosintesis. Simpanan utamanya ialah kanji.


Zooplankton
Selain fitoplankton, persekitaran air tawar juga merupakan habitat pelbagai jenis haiwan kecil membentuk komuniti zooplankton. Ahli kumpulan terdiri daripada Protozoa, Rotifera, Cladocera dan Copepoda.

Banyak zooplantion merupakan organisma penuras bahan-bahan terampai. Bahan yang dituras termasuk bakteria, ditritus serta alga.


Bentos
Bentos ialah komuiti haiwan invertebrat (tidak mempunyai tulang belakang) yang menduduki zon bentik sungai, tasik dan akuatik yang lain. Komposisi bentos terdiri daripada Turbellaria, Nematoda, Anellida, Oligochaete, Hidrudinea, Mollusca, Insecta Plecoptera, Odonata, Ephemeroptera, Hemiptera, Trichoptera, Coleoptera dan Diptera.


Kumpulan taksonomi
Contoh
Kaedah pemakanan
Turbellaria
cacing pipih
karnivor
Nematoda
cacing gelang
karnivor, herbivor, parasit
Annelida
tubifex
Peragut sedimen
Mollusca
siput
Peragut
Crustacea
ketam
Ditritovor
Insecta
stonefly
Kebanyakan karnivor
Odonata
pepatung
Karnivor raptorial
Ephemeroptera
maifli
Peragut
Hemiptera
kutu air
Karnivor, herbivor
Trichoptera
caddies fly
Penuras
Coleoptera
kumbang
Karnivor raptorial
Diptera
lalat duat kepak
Penuras


  Jadual 6 : Pengelasan invertebrat yang utama di tasik dan sungai


Nekton
Komuniti nekton (nektos bermaksud berenang) terdiri daripada organisma vertebrat (mempunyai tulang belakang yang daya pergerakannya berkembang dengan baik. Disebabkan kemampuan ini, nekton boleh menentukan kedudukannya dan sebarannya tidak bergantung pada arus atau ombak. Dari segi bilangan dan spesies, ikan membentuk sebahagian besar daripada komuniti nekton. Setiap kumpulan vertebrat yang lain (Amphibia, Reptilia, Aves dan Mamalia.


Ikan Di Persekitaran Air Tawar
Ikan membentuk sebahagian besar komuniti nekton. Dari segi komposisi, ikan di kawasan tropika berbeza daripada ikan di kawasan temperat. Bukan sahaja terdapat bilangan spesies, malah sesetengah famili ikan ditemui hanya di kawasan tropika. Kumpulan utama ikan Malaysia adalah terdiri daripada famili Cyprinidae, Cobitidae, Siluridae, Anabantidae dan Bagridae.



Ikan-ikan yang biasa ditemui di persekitaran akuatik
Famili
Spesies
Nama Tempatan
Cyprinidae
Chela anomalura
Ikan lalang

Rasbora sumatrana
Ikan seluang

Rasbora einthoveni
Ikan susur batang

Puntius bulu
ikan temelian

Puntius schwanenfeldii
Ikan lampam sungai

Puntius daruphani
Ikan krai

Puntius gonionotus
Ikan lampam jawa

Hampala macrolepidota
Ikan sebarau

Osteocheilus hasselti
Ikan terbol

Cyclocheilichthys apogon
Ikan champeras

Probarbus jullieni
Ikan temoleh

Leptobarbus hoevenii
Ikan jelawat

Labiobarbus leptocheilus
Ikan kawan

Tor tambroides
Ikan kelah
Cobitidae
Acanthopsis choirorphynchos
Ikan tali

Botia pymenophysa
Ikan lali

Nemachelus selangoricus
Ikan pasir
Siluridae
Kryptopteus bicirrhis
Ikan anak tapah

Ompok bimaculatus
Ikan lais

Wallago attu
Ikan tapah
Anabantidae
Anabas testudineus
Ikan puyu

Trichogaster pectoralis
Ikan sepat

Osphronemus goramy
Ikan kalui

Betta pugnax
Ikan pelaga
Bagridae
Mystus vittatus
Ikan baung

Mystus nemurus
Ikan baung

Mystus nigriceps
Ikan pisang


Jadual 7 : Ikan-ikan yang biasa ditemui di persekitaran akuatik


Nic diekspoit oleh ikan yang banyak dan komuniti ikan menunjukkan pengkhususan untuk memenuhi cara hidup setiap kumpulan. Setiap ruang tasik dari permukaan hingga dasar kebanyakan didiami oleh populasi ikan. Kedudukan ikan pada amnya boleh memberi gambaran tempat populasi ikan mencari makanan. Ikan yang mempunyai mulut ventral dan badan yang leper secara dorsoventral pada amnya merupakan peragut dasaran, manakala yang bermulut terminat dan badan yang leper secara lateral memakan di perairan luas. Kebanyakan ikan pemangsa mempunyai badan lalu arus yang nyata dan ciri ini penting untuk ikan bergerak dengan pantas. Ikan yang hidup di celah-celah batu mempunyai badan yang leper dan kelihatan seperti belut.


Makrofit Akuatik
Makrofit akuatik bermaksud tumbuhan makroskopik (dapat dilihat dengan mata kasar) yang biasanya hidup di jasad air. Ia merangkumi tumbuhan vaskular, spesies alga besar seperti Chara dan Nitella, spesies lumut seperti Fontinalis dan spesies paku pakis seperti Azolla dan Salvinia. Kesemua tumbuhan makrofit memerlukan cahaya matahari, maka kebanyakan ditemui di perairan cetek dan selalunya menghasilkan daun terapung. Kebanyakan juga spesies yang tenggelam di air. Jasad air banyak memberi sokongan kepada tumbuhan akuatik dan makrofit menyediakan makanan dan tempat perlindungan untuk organisma dalam air.

Tumbuhan akuatik makrofit mempbiak melalui penghasilan biji benih atau secara vegetatif. Fragmentas atau pemisahan jasad tumbuhan kepada segment kecil boleh membentuk individu baru baru dipanggil pembiakan vegetatif. Pembiakan vegetatif melibatkan organ khusus seprti rizom, pokok rayap, ubi dan umbisi.

Mengikut Arber (1920), makrofit dikelaskan mengikut empat kumpulan utama berdasarkan cara pelengkapan tumbuhan dan substrat, iaitu makrofit muncul, makrofit daun terapung, makrofit tenggelam dan makrofit terapung.


Makrofit Muncul
Makrofit muncul terdiri daripada tumbuhan akuatik yang berakar umbi di pinggiran lembap di habitat akuatik. Ia merupakan tumbuhan semi-akuatik yang tidak memerlukan bekalan air yang banyak, malahan air yang banyak boleh membunuh tumbuhan ini. Ia kadang-kala boleh ditemui jauh dari gigi air. Pada amnya ia tinggi dengan rizom menjalar yang panjang. Rizom mencengkam tanah dan mengukuhkan kedudukan tumbuhan di dasar yang lembut. Contoh tumbuhan jenis ini ialah Phragmitis commnis, Typha angustata, Sagittaria, sagittifolia, dan Scripus.

Rajah 12 : Tumbuhan muncul di persekitaran akuatik. (a)Scirpus mucronatus. (b)Phragmites communis. (c)Pontederia cordata. (d)Typha angustata. (e)Eleocharis tetraquetra. (f)Sagittaria sagittifolia.


Makrofit Daun Terapung
Makrofit ini hidup dengan subur di kawasan cetek dan berakar umbi di dasar tetapi mempunyai daun terapung di permukaan air. Makrofit daun terapung yang biasanya di persekitaran akuatik termasuklah Nelumbo nucifera, Nymphoides indica dan Nymphaea lotus.


Rajah 13 : Makrofit daun terapung di persekitaran air tawar. (a) Nelumbo nucifera (b) Hydrocleis nymphoides (c) Nymphaea lotus (d) Nuphar lutea
(e) Nymphoides indica



Nelumbo Nucifera atau lebih dikenali sebagai teratai mempunyai bunga berwarna putih kemerahan yang kembang pada waktu pagi. Teratai boleh dijumpai di kawasan yang cetek di pinggir tasik, longkang dan tali air di sawah. Malahan, di Tasik Chini yang mempunyai kedalaman purata dua meter, tumbuhan ini boleh dijumpai di tengah tasik terutamanya pada musim kemarau. Sebaran tumbuhan ini adalah melalui umbisi dan biji.

Nymphaea lotus atau kelipok mempunyai rizom yang terbenam dalam lumpur dan daripada struktur ini muncul daun-daun terapung di permukaan air. Lapisan atas daunnya dilindungi oleh satu lapisan lilin yang berfungsi menghalang air daripada terkumpul pada daun. Di lapisan atas daun terdapat stoma. Bunga putih yang terbentuk di permukaan air didebungakan oleh serangga.


Makrofit Tenggelam
Makrrofit tenggelam berbeza daripada makrofit muncul memandangkan keseluruhan jasad tumbuhan ini berada di dalam air. Bahagian batang, rizom dan akar makrofit tenggelam terbenam dan mencengkam dasar, manakala bahagian atas batang termasuklah daun dan bunga sentiasa digenangi air. Tumbuhan ini wujud dalam kumpulan yang padat dan tebal di dasar.

Tumbuhan jenis tenggelam mendapat keseluruhan bekalan oksigen dan karbon dioksida daripada air di sekeliling. Bagi bekalan nutrient pula, tumbuhan ini memperoleh daripada air atau lumpur di dasar. Akar tumbuhan ini boleh memainkan peranan sebagai organ penyerap nutrient di samping sebagai organ pelekap.

Lelumut (Hydrilla verticillata) merupakan spesies yang kerap ditemui. Lelumut boleh ditemui di tali air, longkang, tasik dan sungai yang mengalir dengan perlahan. Tumbuhan tenggelam mempunyai batang yang panjang dan lampai. Daun-daunnya nipis tersusun secara lingkaran di sekeliling batang. Lelumut berkembang cepat melalui cara vegetatif. Pucuknya yang patah boleh berkembang menjadi tumbuhan yang baru.

Blyza echinosperma (rumput lumut) kerap ditemui di air yang mengalir dengan perlahan atau tempat bertakung. Ia membunga dan berbuah sepanjang tahun.


Makrofit Terapung
Makrofit terapung hidup dengan bebas di permukaan air. Ia biasanya mempunyai akar, tetapi akar hanya tergantung di dalam air dan tidak mencengkam. Selain daripada menyerap air dan unsur terlarut, akar juga berperanan sebagai organ pengimbang. Di Malaysia,, kiambang ialah contoh makrofit terapung.

Keladi bunting (Eichhornia crassipes) ialah sejenis kiambang yang terapung dengan bantuan pangkal petiolnya yang gelembung berisi udara.

0 comments:

Post a Comment