My ads

Wednesday, June 8, 2011

Pemulihan (Matematik)

Konsep dan Tujuan Pendidikan Pemulihan Matematik

Pengenalan

Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

Konsep dan Definisi Pendidikan Pemulihan Matematik

· Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari oleh semua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah dikuasai jika kita hendak mendalami bahasa bidang tersebut.

· Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.

· Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran matematik di sekolah rendah amnya. Pendidikan Pemulihan ini lebih menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Biasanya program ini dikendalikan oleh guru-guru yang telah menjalani latihan khas (matematik).

Kalau kita perhatikan dalam diri murid-murid, proses kognitif dan pengetahuan telah berkembang sejak permulaan persekolahan lagi. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi pengetahuan tentang matematik guru perlu memperkenalkannya dengan menggunakan kaedah dan strategi yang dapat menarik minat murid tersebut meneroka bahasa itu. Proses untuk memahami konsep memerlukan masa yang agak panjang. Murid-murid perlu mempunyai persediaan yang mencukupi sebelum membina dan melanjutkan sesuatu konsep itu. Bagi tujuan ini, proses itu perlu dimajukan mengikut suatu susunan yang tertentu dalam 3 fasa :-

1. Memajukan kefahaman prasyarat bermaksud membuat persediaan untuk mempelajari sesuatu konsep. Kemahiran yang diperlukan dalam fasa ini mungkin berupa kesediaan terhadap sesuatu yang hendak dipelajari atau idea yang telah dipelajari bolehlah dihubungkaitkan dalam pembentukan konsep yang hendak dikaji.

2. Membina konsep dan generalisasi ialah membentuk idea dengan menghubungkan pengalaman yang telah dipelajari dengan pengalaman yang baru. Proses ini melibatkan sesuatu kesimpulan yang telah dibuat yakni generalisasi yang diperolehi dari contoh yang dikaji atau yang telah dipelajari lebih awal melalui proses pembelajaran. Di sini murid-murid perlu

menghasilkan sesuatu contoh dan mengkajinya untuk menunjukkan bahawa sesuatu idea atau pengetahuan itu telah diperolehi.

3 Melanjutkan dan mengukuhkan pengetahuanan ialah murid melanjutkan kefahaman dengan cara mengkaji kandungan pengetahuan yang baru dibina dan mengukuhkan pengetahuan itu dengan memeriksa kembali dan mengulanginya supaya pengetahuan yang betul dapat difahami dan dikekalkan dalam pemikiran mereka.

Tujuan pendidikan pemulihan matematik

Dalam mata pelajaran matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu murid-murid salah dalam mempelajari dan memahami konsep dan kemahiran matematik serta murid-murid memang lemah dari segi mental. Oleh yang demikian, tujuan untuk mengadakan pemulihan matematik adalah perlu bagi murid-murid yang sukar menguasai pembelajaran matematik ini. Antara tujuannya adalah seperti berikut :-

§ Menolong dan membantu murid-murid yang lambat dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik seperti mengenal nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi seterusnya dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

§ Melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari seperti menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan membantu murid-murid membina keyakinan dalam diri mereka.Sebagai contohnya, apabila seorang murid berjaya menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah dipelajari, mereka akan berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari matematik.

§ Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dikuasai oleh murid-murid.

§ Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari kemahiran matematik mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. Ini dilakukan untuk mengelak mereka daripada terus tercicir dan seterusnya dapat memupuk minat mereka untuk mempelajari mata pelajaran matematik.

0 comments:

Post a Comment