My ads

Wednesday, May 25, 2011

Tajuk 5: Nilai-nilai Agama dan Masyarakat

Tajuk 5: Nilai-nilai Agama dan Masyarakat

1.0 Nilai agama/kepercayaan
Islam

islam dan pembangunan manusia
- Ajaran agama islam merupakan ajaran yg paling berpengaruh dlm menerangkan pembangunan manusia
- Menurut pdgn org2 islam, nyawa sesorang individu adalah satu proses yg mpy kesinambungan.
- Proses ini bermula dari 9 bulan sbl bayi dilahirkan, iaitu sms persenyawaan sehinggalah matinya manusia & masuknya ke alam akhirat.
- Selama 120 hari slp persenyawaan dlm badan ibu dn sms tumbesaran, Tuhan akn menghantar malaikat meletakkan “roh” dlm bdn embrio. Ini akn mempengaruhi dan menetapkan 4 aspek nasib bayi berkenaan pd ms akn dtg iaitu: a)rezeki b)amalan c)kematian d) deria atau bahagia.
- Aspek2 pembangunan & perkembangan manusia spt fizikal, intelek, sosial, afektif, & moral dititikberatkan dlm agama islam.
- Tumpuan utama diberikan kpd perkembangan tingkah laku, sahsiah & akhlak serta perhubungan dgn Tuhan.
- Objektif & arah pembangunan manusia menurut ajaran Islam terdpt dlm pddk & asuhan akhlak manusia & pembinaan hbg yg harmonis dgn Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Suci. Semua ini akn menentukan akhlak mulia seperti toleransi,baik hati...
- Matlamat hidup terakhir bagi akhlak mulia ini adalah spy orang2 islam dpt memasuki syurga.
- Menurut islam, tubuh manusia adalah nyata iaitu boleh membesar dan bergerak. Roh pula adalah abstrak iaitu boleh memutuskan, menilai dan mengarahkan perbuatan manusia. Kedua-duanya mempunyai keperluaannya.
- Dalam pembanguanan manusia mengikut islam, seseorg manusia mempunyai hak ke atas realisasi keperluan fizikal dan kerohanian uang seimbang.
- 3 faktor memperngaruhi perkembangan manusia iaitu faktor semula jadi yang diatur o akhlak, faktor pengaruh alam sekitar dan kemampuan diri manusia sendiri.
Manusia dari perspektif islam
- Menurut Shaharom TM Sulaiman (1997), dlm pandangan Islam, manusia bukanya terbit daripada proses alam benda ttp dijadikan oleh zat yg menguasai alam iaitu Allah dan mempunyai dua unsur iaitu roh dan jasad atau pun dwisifat. Manusia ialah makhluk fizikal dan rohani.
- Bersesuaian dgn fitrahnya, manusia dijadikan utk beibadat kpd Allah dan bertaqwa kepadaNya spy manusia dpt membezakan atr yg baik dgn yg buruk atau hak dgn yg batil.
- Manusia dilengkapkan dgn akal. Melalui akal manusia diberi pertunjuk utk memahami kebenaran yg hakiki dan berperilaku yg diredai Allah serta diberi amanah sbg khalifah di muka bumi utk mentadbir dunia mengikut syariat Allah.



Manusia sbg khalifah
- Perlantikan manusia sebagai khalifah merupakan sesuatu anugerah yg tertinggi drpd Allah yg membezakan manusia dgn mahkluk yg lain.
- Tujuan kekhalifahan ini adalah utk menjadi wakil Allh bagi menegakkan kebenaran, kedamaian dan menghapuskan kemungkaran & penyelewengan bagi mencapai al-falah di dunia & di akhirat.
- Sifat yg ada pada diri manusia akan menyerapi dan mewarnai segala kegiatan hidupnya sama ada bersifat tugas yg formal atau tidak sama ada kegiatan itu berhubung dgn individu atau kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegaraan, dan sekali gus membentuk tamadun manusia yg menjadikan taqwa dan keredaan Allah sbg matlamat pencapaianya.
Kitab-kitab islam
- Al-Quran dianggap sbg ajaran asal drpd Allah.
- Al-Quran & hadis ialah kitab yg paling berwibawa dlm ajaran Islam.
a. Al-Quran- kalam(kata-kata suci) Allah s.w.t yg diturunkan kpd Rasulullah s.a.w secara tawatur( pewujudan, kelihatan dlm mimpi,dll dlm bhs Arab menerusi malaikat Jibrail)
Ø 1504 ayat ttg akhlak
Ø Byk memberi cth teladan yg baik
Ø Pendekatan penceritaan dgn bhs yg indah dan menarik
Ø Memberi nasihat
Ø Pendekatan ganjaran & denda
Ø Pendekatan membanding & perumpamaan
Ø Memberikan sebab & akibat tingkah laku
Ø Merupakan sumber utama dan pddk ahklah manusia
b. Hadis- perkara2 yg disandarkan kpd perkataan, perbuatan,tingkah laku, akhlak serta taqrir(prngakuan) Rasulullah s.a.w. – merupakan sumber yg amat penting dlm pddk agama kpd umat islam.
Aspek2 ajaran islam
a. Aqidah
- Keimanan & kepercayaan kpd Allah swt.
- Penting utk manusia percaya wujudnya Allah iaitu Tuhan yg wajib disembah & tiada tuhan melainkan Allah
- Boleh dimanifestasikan menerusi syariah & ibadah
b. Ibadah
- Konsep yg amat penting & utama dlm ajaran islam
- Dibahagi kpd ibadah umum & ibadah khusus.
- Dari segi bhs-ibadah ialah patuh, taat, dan menyerah diri kpd pihak yg lain.
- Dari segi istilah- ibadah merupakan sebarang tindakan yg melambangkan perasaan merendah diri, patuh & menyembah Allah dgn penuh keimanan, ketaqwaan & keikhlasan sama ada ibadah umum atau ibadah khusus
- Ibadah perlu disertai dgn akhlak yg mulia spy umat Islam dpt mencapai kehendak Allah.
c. Akhlak
- Perkataan Arab yg berasal drpd kata khulp yg membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku.
- Istilah-segala perbuatan yg telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang.
- Sesuatu tingkah laku yg telah diamalkan sekian lama & diterima oleh masy sbg sebahagian drpd cara hidup ialah ahklak.

Kristianiti
- Agama wahyu yg membentuk pengikut agama terbesar di dunia.
- Nama Kristian diambil sempena pengasasnya, Jesus Christ.
- Crist berasal dari bahasa Yunani, ‘christos’ yg seerti dgn ‘ Messiah’ yg beerti “Penyelamat”
- Kitab suci ialah Bible & terdapat juga Kitab Injil Lama & Kitab Injil Baru.
- Kehidupan & ajaran Jesus Christ diterangkan dlm 4 gospel yg utama dlm Injil Baru.
Ø Gospel Mark
Ø Gospel Matthew
Ø Gospel Luke
Ø Gospel John
- Ajaran kristian berpusat kpd 4 tema utama iaitu:
Ø Kemuliaan Tuhan – menerima tuhan sbg pencipta alam & maha pengasih, penyanyang & pengampun
Ø Imej Christ- memuliakan tuhan
Ø Rohaniah Tuhan-muncul apabila tuhan memperguna kuasa tertingginya dlm dunia yg berdosa utk menolong & menyelamatkan org yg berdosa. individu yg memasuki rohaniah tuhan akn menerima kehidupa abadi.
Ø Kehidupan Abadi- persaudaraan rapat dgn tuhan
- 2 rukun utama dlm ajaran Kristian:
Ø Cintai tuhan dgn sekuat hati, jiwa raga & minda.
Ø Cintai jiranmu seperti kamu menyintai diri sendiri.
- Nilai utama yg menjadi panduan kehidupan org Kristian adalah cinta atau kasih sayang dlam bentuk keadilan, keampunan & taat.
- Ajaran kristian yg berkait rapat dgn kehidupan beretika ialah ten commandments
Ø Satu-satunya Tuhan ialah Tuhan kita
Ø Jgn menyembah berhala dlm apa pun bentuk
Ø Jgn salah guna nama Tuhan
Ø Hormati hari Sabbath dgn memuliakannya
Ø Hormati ibubapa
Ø Jgn membunuh
Ø Jgn berzina
Ø Jgn mencuri
Ø Jgn memberi keterangan palsu
Ø Jg mengingini isteri atau harta benda jiran

Buddhisme
- Pengasas agama Buddha- Siddharta Gautama yg digelar Buddha iaitu bererti “ pemberi cahaya” setelah beliau mendpt ilham, pemakluman atau pengajaran agung.
- Asas ajaran Buddha ialah sst itu tidak kekal & semua saling bergantung atr satu sama lain.
- Gautama Buddha berkata stp individu perlu melatih diri sendiri spy mendapat kesedaran utk melihat bukan shj sesuatu kejadian alam seperti yg berlaku pd diri sendiri malah berhubung dgn kejadian itu. Menurutnya lagi, individu bebas mengubah takdir w/p dia telah mewarisinya drpd kehidupan masa lalu. Keinginan yg tdk dikawal akn mengubah cara hidup yg akn dipenuhi dukkha iaitu duka atau kesengsaraan.
- Nilai2 ajaran buddha
Ø Memimpin manusia ke arah pendamaian
Ø Mengembangkan kesempurnaan tingkah laku & moral
Ø Mengajar cara berfikir yg beralasan & logik
- Tiga asas utama dlm ajaran Buddha, iaitu :
Ø Jalan Tengah –stp individu perlu hidup dlm keadaan sederhana & jgn melampau kemampuan diri kerana ini akn membawa penderitaan & kesusahan. Nilai kesederhanaan & sifat rendah diri juga merupakan nilai moral.
Ø Jalan Lapan Lapis Mulia- kesederhanaan hidup ini akn membawa seseorang individu itu kpd lapan jalan iaitu pandangan yg benar, ucapan yg benar, kelakuan yg benar, cara hidup yg benar, usaha yg benar, fikiran yg benar, mati yg benar & meditasi yg benar. Nilai2 ini merupakan nilai2 asas pddk moral.
Ø Empat Kebenaran Yang Agung –kebenaran pasti wujud dlm kehidupan manusia adalah penderitaan, asal usul penderitaan, penghapusan penderitaan & jalan yg membawa penghapusan penderitaan. 4 kebenaran ini hanya dpt dicapai apabila manusia dpt mengawal nafsunya.

Hinduisme
- Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar penduduk India. Mula berkembang pada sekitar tahun 2000 S.M. Dipercayai bahawa agama Hindu merupakan salah satu agama tertua di dunia.
- Kitab Hindu- Veda
- Kitab2 VEDA dibahagikan kpd 2 :
(1)- Kitab VEDA Sruthi
(2)- Kitab VEDA Smrithi
- Veda adalah kitab agama yg mengandungi nyanyian & pujian terhadap Tuhan, lagenda Tuhan & lain2.
- Stp Veda mempunyai 4 bahagian iaitu Samhita, Brahmana, Aranyaka dan Upanishad.
- Dalam kitab Veda, Tuhan teragung ialah Brahman.

Sikhisme
- diasaskan oleh Guru Nanak I & turun-menurun hingga sepuluh orang Guru berganti-ganti.
- Agama sikh percaya bhw hanya satu tuhan dan dialah yg mutlak.
- Guru dlm agama Sikh tidak dianggap sbg penjelmaan Tuhan tetapi seorang yg menunjukkan kpd org ramai jalan ke arah kebenaran & kesejahteraan.
- Ajaran guru2 ini terdapat dlm kitab Adi Granth atau Sri Guru Granth Sahib.
- Kitab suci- Guru Granth Sahib ji
Ø Ditulis dlm bentuk puisi yg mengandungi ajaran etika & kerohanian. Ia boleh diringkaskan kpd 3 bahagian :
· Keperluan memajukan manusia
· Hubungan sesama manusia
· Keselarasan dgn roh yg merupakan matlamat paling tinggi yg patut dicapai.

Taoisme
- Ianya bukan merupakan ajaran agama tetapi merupakan ajaran falsafah ttg moral & hubungan manusia dgn alam sekitarnya.
- Diasaskan oleh Lao Tze (575-485 S.M)
- Buku karangan Lao Tze iaitu Tao Te Ching yg bermakna Jalan dan Kekuasaan.
- 4 konsep penting:
Ø Dao melahirkan yg Satu (tindakan natural & bukan mengikut sst arahan bahasa.)
Ø Yang Satu melahirkan Yang Dua (ying dan yang)
Ø Yang Dua melahirkan Yang Tiga (syurga, bumi , manusia)
Ø Yang Tiga melahirkan semua makhluk (melahirkan segala benda & mahkluk dlm alam semesta. Pencapaian Dao tertinggi)
- Utk mencapai perpaduan dgn Tao, penganut Taoisme mengamalkan Wu-Wei yg bermaksud ‘cara bukan tindakan’. Ia bermaksud, melakukan sst bukanlah utk diri sendiri sahaja bahkan utk org lain juga. Ia juga bermaksud kehidupan yg sederhana, bebas & tidak dikongkong oleh hawa nafsu.


Confucianisme
- diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius yg bermaksud Guru Agung.
- Ianya merupakan ajaran ttg moral. Ianya bukan agama tetapi merupakan tertib bagaimana manusia harus bertingkah laku, berhubung dgn org lain & hidup sbg anggota msyrk.
- Ajaran Confucius terkandung dlm buku yg dikenali sbg Lima Klasik dan Empat Buku yg memberi ajaran etika dari segi kesejahteraan manusia, sosial, politik & agama.
- Beliau menegasakan bahawa seseorang individu boleh menjadi msyrk yg sempurna dari segi tingkah laku & kelakuan jika dia memprakitkan jalan2 yg murni.
- LAPAN NILAI MURNI DALAM BUKU LUN YU
Ø Ren atau baik hati yg bermaksud sikap menyayangi semua org, kemanusiaan, kebajikan, kerelaan & murah hati terhadap semua org.
Ø Shu yg meliputi murah hati, toleransi& belas kasihan serta melibatkan hubungan diri individu dgn org lain.
Ø Chung yg bermaksud kesedaran dlm melakukan sst yg baik utk diri sendiri & org lain.
Ø Li meliputi nilai sopan santun, budi bahasa & adat dlm istiadat atau upacara, peraturan & tingkah laku seseorang.
Ø Yi yg ditakrifkan sbg membuat sst dgn cara betul & patut dlm situasi tertentu yg motif sst perbuatan lebih penting drpd hasilnya.
Ø Ming yg menegaskan bahawa individu patut melakukan semua tugas dgn sedaya upaya dgn tidak menghiraukan hasilnya kerana manusia tidak mampu mengelak kehadiran mandat ketuhanan.
Ø Xiao yg bermaksud ketaatan kpd ibu bapa dgn menyanjung serta secara ikhlas mengambil berat emosi & jiwa mrk.
Ø Zhi yg bermaksud ketulusan & ketegahan dlm tingkah laku.

Animisme
- Kepercayaan bahawa stp benda mpy semangat.
- Suku Negrito
Ø menyatakan segala benda mpy kuasa.
Ø Kepercayaan lebih bercorak bebas & tidak terikat atau mpy cara tertentu utk mempercayai sst benda.
Ø Percaya dunia ini didiami pelbagai jenis dewa & makhluk yg mpy kuasa (org hidup).
- Suku Senoi
Ø Mpy seorang dewa yg maha kuasa.
Ø Kuasa dewa ini bermacam-macam bentuk.
Ø Mempunyai 4 dewa utama.- Engku, Karei, hilok dan Hiwah
Ø Juga percaya akn kewujudan jin-jin.
- Suku Melayu Asli
- Hampir 85% penganut islam.
- Segala kepercayaan berlandaskan ajaran islam.
- Sebilangan kecil masih mengamalkan amalan anismisme.- percaya kuasa2 ghaib yg terdapt pd sst objek.
- Percaya wujusnya hantu, dewa2 & roh turut mendiami dunia ini.
2.0 Nilai Masyarakat Malaysia
- org Asia atau org Timur (termasuklah masy Malaysia) sbg suatu kumpulan yg lebih memberatkan soal pencapaian ketenteraman fikiran serta lebih cenderung kpd hal kerohanian & agama berbanding dgn org Barat.
- Nilai org Malaysia, walaupun mungkin berbeza dgn org Barat, tidak semestinya serupa dgn nilai org Timur dari Negara Asia yg lain.
- Di M’sia sendiri terdapat pelbagai norma & nilai kerana rakyat M’sia wujud dlm konteks pelbagai gabungan etnik & agama.
- Diakui bhw sesetengah nilai dikongsi bersama oleh kaum2 di M’sia.
- Cth, org Melayu,Cina, dan india menilai keliarga sbg asas bg komuniti.-menekankan nilai menghormati ibu bapa, org tua & org yg bijaksana.

2.1 Nilai tradisional

Orang melayu
- Kebanyakan org Melayu masih tinggal di luar bandar & kehidupan mrk bersifat tradisional.
- Mrk ialah rakyat jelata & etika utama dlm politik yg menentukan hbg golongan ini dgn pihak pemerintah atau aristokrasi ialah kesetiaan yg tidak berbelah bagi.
- Sbg rakyat, org melayu di desa menganggap mrk perlu mematuhi & berkhidmat utk pemimpin sbg suatu fadilah.
- Org melayu tradisional di desa juga mempertegas nilai gotong-royong atau kerjasama dan perasaan esprit de corps yg kuat.
- Dlm kehidupan ekonomi mrk pula, penyesuaian diri, bersusah sahulu bersenang kemudian, kerajinan, berdikari, berjimat-cermat, menghargai masa & berjaga-jaga dlm sebarang usaha digalakkan.
- Kesemua nilai itu bukanlah tertinggi dlm alam nilai Melayu tradisional. Perkara yg terpenting ialah sifat sosial dan moralnya.
- Satu ciri kepercayaan org Melayu ialah apa yg baik & diingini ialah budi, iaitu keunggulan sahsiah mesti dicapai. Darjat sosial seseorang diukur dari segi budinya & budi diberi premium yg tinggi dlm skala nilai yg menentukan tingkah laku.
- Konsep budi tidak menegaskan kddk sosial yg tinggi atau kekayaan material, ttp mengutamakan kemuliaan perwatakan yg diperoleh menerusi amalan nilai murni.
- Kemewahan telah meresap di byk kws desa, seterusnya mengubah masy serta budaya Melayu drpd bersifat feudal & tradisianal kpd kapitalis & moden.
- Sesetengah org melayu di bandar sudah mpy nilai & sikap kosmopolitan, liberal & individualistik.

Masy cina
- di kalangan org cina & india tidak terdapat ketengangan agama dlm masy masing2.
- Dari segi agama terutama org cina, mrk menyatukan & menyesuaikan pelbagai sistem kepercayaan yg berbeza. Etnik ini lebih mengutamakan kejayaan dlm kehidupan kebendaan.
- Dlm kebudayaan tradisional org cina, dipercayai bhw asas bagi keluarga yg harmonis & stabil bergantung kpd pengurusan hubungan manusia serta ekonomi yg ada.
- Kekayaan bukan sahaja memotivasikan org cina mencari kekayaan ttp merasionalisasikan ketiadaan pengaruh sosial akibat tidak adanya kekayaan.
- Pemilikan harta kekayaan memberi sokongan moral kpd pemikiran & perlakuan org cina. Dari segi ini, kekayaan memperoleh kemoralannya sendiri.
- Sesungguhpun org cina & org india di m’sia mungkin menganggap kekayaan sbg nilai yg paling utama, ttp ini tidak bermakna mrk tidak peka terhadap nilai sosial & moral.
- Tidak mudah utk memaparkannya dgn tepat berhubung dgn nilai org cina & india di m’sia sbg satu kelompok kerana masy cina & india di m’sia terdiri drpd pelbagai jenis.
- Terdapat pembahagian di kalangan org cina mengikut keluarga, kelas, dialek, kelompok komuniti & kawasan dalam kegiatan kesusasteraan, politik serta kesatuan & juga dari segi kesetiaan mrk terhadap m’sia. Asas perpaduan ialah kegiatan ekonomi.
- Orang cina memberi nilai yg tinggi pd ketaatan kpd ibu bapa iaitu hormat & kasih sayang terhadap ibu bapa.-punca semua nilai org cina mengalir.
- Ketaatan merupakan teras kebudayaan etika cina.
- Selain menjadi anak yg baik & rakyat yg setia, nilai yg membimbing seseorang menjadi suami atau isteri, adik, abang atau kakak & sahabat yg baik digalakkan dlm masy tradisional cina.
- Nilai sahabat bagi org cina pula bukan terletak pd rakan yg minum & makan bersama tetapi terletak pada rakan yg tidak bergantung kpd soal makan& minum utk persahabatan itu.
- Perkara lain yg dihargai org cian tradisional termasuklah menghargai masa, pddk, kepuasan kerohanian, semangat berpatutan& kerajinan merancang kehidupan sediri.


Masy india
- Org india di m’sia juga materialistik. Sikap materialistik org india terhadap kehidupan yg melebihi sikap org barat merupakan sumbangan utama terhadap cara hidup org india di M’sia.
- Satu sidat tipikal bagi org india ialah memperoleh harta demi kekayaan.
- Org india di m’sia juga berpecah dlm kelompok kecil megikut bahasa & agama serta kelas & kasta. Mrk lebih cerewet dan kurang luwes dlm kebudayaan. Punca org india di m’sia gagal bersatu dlm bidang sosial dan kebudayaan.
- Sistem nilai Hindu yg mempengaruhi ramai org india di m’sia pula berpunca drpd gagasan agama & metafizikal tertentu seperti karma dan dharma.
- Tingkah laku mrk turut dipengaruhi oleh kesusasteraan india terutama dua karya agung iaitu Mahabharata dan Ramayana
- Dlm struktur sosial tradisional org india hindu, unit keluarga mendapat tpt yg paling penting kerana dianggap intitusi yg suci. (nilai keluarga)
- Kesucian keluarga serta hubungan org yg lebih tua, kepatuhan kpd autoriti dan kerjasama atr ahli keluarga membentuk spektrum rangkaian sosial dlm kehidupan keluarga yg unggul.
- Dlm hubungan dgn bukan anggota keluarga pula, org india menghormati org tua, pemimpin, guru, org terpelajar dan sebagainya.
- Kaum ini diminta spy tidak hidup sbg individu terasing atau keluarga yg terpencil.

2.2 Perubahan nilai masyarakat malaysia
- Org m’sia kini tidak begitu mengambil perhatian berat berhubung dgn keunggulan autoriti & ketaatan serta penghormatan terhadap ketua atau orang tua dlm hubungan keluarga & sosial.
- Individualiama merupakan kehidupan biasa di bandar besar atau di bandar.
- Memandangkan kemelesetan moral di seluruh dunia kini boleh dikatakan sudah merbak ke m’sia, pemerintah & para pemimpin masy negara ini perlu bertindak & mengatur startegi mengatasi gejala itu.
- Pengaruh negatif individualisme yg mendorong individu bersikap mementingkan diri sendiri.
- Pemimpin nergara terpaksa menegaskan soal moral, hormat kpd undang2 serta peraturan & disiplin di kalangan pelajar & belia.-pddk moral sbg matapelajaran wajib atau teras di sekolah.
- Pemimpin negara juga cuba menerapkan nilai murni di pejabat kerajaan seperti menerusi konsep bersih cekap & amanah.
- Masy m’sia- mengamalkan atau menghayati “nilai2 kebangsaan”.
- Rakyat negara juga perlu bersikap progresif & memiliki pemahaman positif serta mengamalkan hubungan kemanusiaan yg baik utk membolehkan mrk hidup dlm masy berbilang kaum & agama dlm era industri.
- M’sia memandang tinggi nilai kemanusiaan yg secara sejagat diterima oleh byk Negara demokratik dan bertamadun. Nilai ini penting utk masy yg berdisiplin, pembangunan serta perpaduan negara.

0 comments:

Post a Comment