My ads

Monday, March 7, 2011

SUKAN RAGAM

Definisi

Sukan ragam ialah sukan yang melibatkan pelbagai aktiviti dan bentuk permainan. Ia bertujuan memberi peluang kepada pelaku yang memiliki kebolehan yang berbeza menyertainya dan menggunakan kemahiran-kemahiran asas pendidikan jasmani dalam aktiviti yang dirancangkan. Sukan ragam memberi peluang kepada semua pelajar mengambil bahagian dengan sepenuhnya kerana kemahiran asas pendidikan jasmani diutamakan di dalam setiap aktiviti. Ia tidak memerlukan peralatan sukan yang khas. Dengan itu, ia sangat fleksibel dan murah untuk dikendalikan. Sistem catatan markah juga adalah senang dan mudah difahami.

Sukan ragam mempunyai prinsip pengelolaan yang ringkas. Pelajar-pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan mengikut prinsip sama rata iaitu seimbang dari segi jantina dan kebolehan. Bilangan kumpulan dan bilangan acara mestilah sama agar ia dapat dijalankan dengan cepat. Acara-acara juga mesti disusun secara berselang-seli antara acara berat dengan acara ringan. Seboleh-bolehnya aktiviti-aktiviti yang dipilih itu memakan masa yang hampir sama.

Objektif

a) Memberi peluang kepada pelajar menikmati keseronokan dan mengecapi kejayaan melalui aktiviti yang dirancang

b) Mengaplikasikan kemahiran asas dalam pendidikan jasmani dengan tujuan pembelajaran terhadap kemahiran-kemahiran itu dapat diperkukuhkan serta dibangunkan

c) Menambahkan kepelbagaian dalam pendidikan jasmani bagi memupuk dan mengekalkan minat pelajar dalam pendidikan jasmani

d) Memupuk semangat bekerjasama di kalangan pelajar

e) Membentuk semangat kesukanan pelajar

f) Mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam pelajar

g) Merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar

h) Membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan ko-kurikulum

i) Membentuk disiplin pelajar yang baik

j) Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan dalam suasana yang menggembirakan

k) Melakukan aktiviti fizikal bagi meningkatkan keupayaan kecergasan secara menyeluruh

l) Mencungkil bakat kreativiti di kalangan guru bagi merancangkan aktiviti-aktiviti

0 comments:

Post a Comment