My ads

Sunday, March 6, 2011

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang saya gunakan. Kajian ini dilaksanakan dengan 4 kaedah iaitu pemerhatian, temu bual, perbincangan dan soal selidik.

Kaedah 1: Pemerhatian

Kaedah ini dijalankan dengan melihat pemandangan dan persekitaran sekolah. Di samping itu, saya juga telah melihat guru mengajar di dalam kelas. Pemerhatian ini direkodkan dengan membuat catatan dan mengambil gambar menggunakan kamera digital. Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini termasuklah;

•    Carta organisasi sekolah
•    Prasarana dan kemudahan sekolah
•    Mural sekolah
•    Kata-kata hikmah
•    Nilai-nilai murni dalam kalangan murid
•    Amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
•    Persekitaran bilik darjah
•    Aktiviti kokurikulum murid


Kaedah 2: Temu bual

Kaedah ini dijalankan dengan membuat temu bual bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru, staf sokongan dan beberapa orang murid. Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodkan dalam borang rekod kolaborasi. Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini ialah;

•    Takwim sekolah bagi tahun 2011
•    Aktiviti kokurikulum
•    Peranan Guru Besar
•    Melihat nilai-nilai murni yang diamalkan dalam kalangan murid
•    Maklumat guru dan murid
•    Pencapaian sekolah
•    Hal-hal pentadbiran sekolah
•    Cara melaksanakan Rancangan Pengajaran Harian


Kaedah 3: Perbincangan

Kaedah ini dijalankan dengan membuat perbincangan bersama guru Pra Sekolah, guru Pemulihan 3M dan Guru Penolong Kanan 1. Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodkan.Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini ialah;

•    Peranan Guru Penolong Kanan
•    Peranan Guru
•    Sukatan Pelajaran KBSR   
•    Maklumat guru
•    Sejarah penubuhan Pra Sekolah
•    Perjalanan rutin Pra Sekolah
•    Web tema Pra Sekolah
•    Hal-hal berkaitan kelas Pemulihan 3M
•    Pengurusan kelas
•    Prasarana sekolah
•    Amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Kaedah 4: Soal Selidik

Kaedah ini dijalankan dengan memberi borang soal selidik kepada guru-guru, staf sokongan dan murid-murid di SK Sek. Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan dibuat pemerhatian.Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini ialah amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di sekolah melalui aspek-aspek berikut:

•    Gaya kepimpinan pentadbir sekolah
•    Trend komunikasi pentadbir sekolah
•    Amalan kebudayaan warga sekolah
•    Sosialisasi
•    Budaya ilmu
•    Hormati-menghormati
•    Nilai kebudayaan sekolah

0 comments:

Post a Comment