My ads

Wednesday, December 1, 2010

Fitrah Kejadian Manusia mengikut perspektif Agama

Bincangkan pandangan Fitrah Kejadian Manusia mengikut perspektif Agama.


Agama ialah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran. Agama menyediakan satu model atau “blueprint” untuk diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan. Ia memberi struktur kepada kehidupan manusia dan membantu memenuhi keperluan manusia untuk hidup bersama dan bersosial. Agama juga memberu kepuasan emosi kepada penganutnya. Ia membantu manusia memahami kejadian di dunia, memberi ketenangan dan harapan dalam kehidupan yang penuh cabaran.

            Setiap individu akan berusaha untuk memberi makna kepada kehidupannya. Usaha ke arah ini bergantung kepada tahap perkembangan individu tersebut, budaya serta kepercayaan keagamaannya. Konsep ketuhanan merupakan satu aspek luas namun semua agama menekankan kebaikan dan kebenaran. Sekiranya ajaran dan amalan keagamaan dihayati sepenuhnya dalam kehidupan seseorang, ia boleh melahirkan manusia yang sempurna.

            Aa Gym (2005) mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah.


Ini bererti fitrah merupakan:
·        Suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental.
·        Suatu ketetapan Tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan, yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal.

Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan oleh Allah s.w.t. di muka bumi ini. Semua agama di dunia ini percaya bahawa manusia dilahirkan ke dunia dengan sifat-sifat yang baik. Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan manusia dengan segala ciptaannya. Menurut Ragib Al Isfahami (dalam Pikiran Rakyat, 2005), fitrah meruk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya. Ini disokong oleh Al-Ghazali (1971) yang mengatakan, setiap insan wajib mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. Al Ghazali (1971) turut menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad.

Kehidupan beragama.

Kehidupan beragama merupakan fitrah dalam diri setiap manusia di muka bumi ini. Ini ditegaskan Allah s.w.t dalam Al Quran, (Surah Al Imran:19)
“sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah s.w.t hanyalah Islam.”

            Dalam mengenali pencipta-Nya, manusia akan mensyukuri keunikan kejadiannya, dan ini akan menyebabkan manusia menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada setiap hambanya. Ini bermakna kehidupan beragama, merupakan fitrah manusia yang sangat penting dalam kehidupan seseoran individu. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Zariyat, (51:56) yang bermaksud,

“Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhamba diri kepada-Ku.”

            Manusia dicipta Allah s.w.t agar ia beribadat kepada-Nya dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Ini kerana kehidupan beragama dapat membantu manusia mengawal emosi dan dapat menguasai diri sejajar dengan tuntutan arus kemodenan untuk kemajuan masyarakat dan negara (Hassan Langglung, 2005). Kehidupan beragama, merupakan fitrah manusia yang sangat penting dalam kehidupan seseorang individu. Seperti mana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Zariat, (51:56) yang bermaksud,

“Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhamba diri kepada-Ku.”

            Ini bererti manusia diciptakan Allah s.w.t agar ia beriaat kepada-Nya dan melakukan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan menjauhi larangan-Nya. Oleh itu kehidupan beragama;
·        Merupakan suatu yang penting dalam kehidupan manusia sekiranya mereka ingin mencapai kemajuan yang telah menyeluruh daripada segi kerohanian dan kebendaan.
·        Merupakan naluri kepercayaan kepada agama, seterusnya mengesahkan kewujudan Allah s.w.t dalam keseluruhan kehidupannya.

Manusia sebagai Khalifah Allah

Status Khalifah Allah di muka bumi ini mendorong manusia menyedari bahawa terdapat banyak pilihan dalam kehidupan ini, tetapi manusia mestilah bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan. Ini kerana di akhirat kelak, kita semua akan dihidupkan semula dan akan bertanggungjawab terhadap pilihan-pilihan yang kita lakukan ketika hidup di dunia dahulu.

            Pemberian akal kepada manusia, menjadikan darjat manusia lebih tinggi dengan makluk lain yang diciptakan Allah s.w.t muka bumi ini. Ini dapat dilihat menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (dalam Manusia dan Islam, 1990);

Telah bersabda Rasullulah s.a.w” ....Dan alat bagi mukmin ialah akal Dan Tiang agama ialah akal. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan yang menyerukan orang-orang beribadat ialah akal.

Hadis ini menunjukkan akal sangat penting kepada manusia, dengan sendirinya ia sangat penting kepada agama. Justeru itu Islam diturunkan untuk membimbing dan menunjuk ajar manusia ke arah kesempurnaan kehidupan di dunia akan menyumbang kepada kesejahteraan hidup di akhirat.

Sumber bersifat maknawi, iaitu hati, akal, emosi dan nafsu juga yang bersifat lahiriah seperi pancaindera, kebijaksanaan, hasil bumi dan sebagainya, mendorong manusia mengembangkan potendi ke tahap maksimum. Kesimpulannya, asas-asas ajaran yang wajib diamalkan oleh manusia menurut Islam ialah:
·        Manusia wajib beriman, yakni mempercayai keesaan Allah s.w.t
·        Manusia wajib beribadat kepada Tuhan Yang Maha Esa.
·        Manusia wajib berakhlak dalam setiap perbuatannya.
·        Manusia perlu kepada masyarakat yang berasaskan kepada ajaran agama yang dianuti.

0 comments:

Post a Comment