My ads

Wednesday, December 1, 2010

Ciri-ciri pemodenan yang Berjaya dilakukan oleh Maharaja Meiji di zaman pemerintahan ya (1897 – 1912).

Apakah ciri-ciri pemodenan yang Berjaya dilakukan oleh Maharaja Meiji di zaman pemerintahan ya (1897 – 1912).


PENGENALAN

Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris “the sourse of the rising sun”. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon. Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu). Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi (145,834 batu persegi). Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912, Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603-1867). Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasai aspek politik, ekonomi dan sosial.

Pihak Shogun telah mengamalkan ‘Dasar Tutup Pintu’.Jepun mengamalkan dasar tersebut bagi menjaga kedaulatan dan keselamatannya daripada ancaman kuasa-kuasa besar. Keadaan ini menjadikan Jepun sukar menerima pembaharuan daripada kuasa barat.Keadaan ini sebaliknya telah berubah dengan kedatangan Kapten Perry ke Jepun. Kapten Perry dan Shogun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa  yang menandakan tamatnya dasar pemencilan yang diamalkan sekian lama.

ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 )Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera. Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah, mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat.

Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan  bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial . Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun.

KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN

Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia.

Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis.

i. Fukoku Kyohei- ‘Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi’. Prinsip ini mendokong
   cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah
   memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya
   rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja
   kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.

ii. Bunmei Kaika- ‘Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan’. Prinsip ini
mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan
dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada
seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh
dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu
negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan bangsa
Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan.

iii. Shokusan Kogyo- ‘Menjalankan Program Perindustrian Berat’. Prinsip ini
     mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan
     perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia.
Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan
penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu
mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah
dihantar ke negara barat untuk menimba ilmupengetahuan dan pulang ke
Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan
perindustrian.

iv. Kokusai- Kankei ‘Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa
Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan
perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini
sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun
menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui
konsep ‘kaizen’ dan ‘arigato’




ASPEK SOSIAL

Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan  negara Jepun dan bersikap setia, yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. Perlembagaan  Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan budaya barat yang bersifat selektif.

Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah:-  

i. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan
   Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran
   membaca,menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah
   pemikiran yang kritis. Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1871
   dan pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara (Gakusei 1872 )
   berkesan menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. Jepun telah menjadikan
   negara-negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan. Jepun
   telah menjadikan Perancis, Jerman ,Belanda , Amerika Syarikat, Britain dan
   Russia.

ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun), sistem Kokutai
   (semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan
   hubungan sosial). Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal
   diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajar-pelajar  dan rakyat
   Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Doktrin Shinto menekankan falsafah
   perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian, falsafah kokutai
   menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang untuk menjadikan orang-
   orang Jepun satu bangsa yang mulia di dunia  menerusi taat setia kepada
   maharaja dan menjaga Negara sepanjang masa. Manakala Furusato ialah
   menekankan nilai ikatan kekeluargaan dan hubungan social yang rukun damai
   bagi membangunkan Negara yang dapat memberikan satu kehidupan yang
   terjamin lagi aman.

iii. Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu.
Pemimpin Meiji telah menjadikan Tokyo pusat pusat kecemerlangan ilmu
sejajar dengan kemudahan infrastruktur yang dimilikinya. Menjelang tahu  
1880- an banyak universiti ditubuhkan antaranya Universiti Tokyo 1877,
Universiti Meiji 1881, Universiti Tokyo Imperial 1885, dan Universiti Waseda
1882. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai Jepun
yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun.

iv. Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang
     pendidikan. Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke
     dalam bahasa Jepun diambil. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan
     terabai dan rakyat lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa
     adanya kepakaran dan buku-buku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan
     ilmu pengetahuan dan bidang teknologi.

ASPEK EKONOMI

Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun Tokugawa pada tahun 1868-1912, telah mengambil daya usaha yang gigih memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.

Pada tahun1870, pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Kedua-dua pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan perdagangan luarnya.Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada luar.

Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat.Menerusi pelaksanaan dasar industri perkapalan moden, pemerintah Meiji telah berjaya membuka mata orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya. Melalui perdagangan import dan eksportnya, Pemerintah Meiji juga turut memajukan pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan telgraf. Perkembangan ini  adalah penting bagi membantu Negara Jepun melaksanakan revolusi industri berat  seperti penubuhan kilang-kilang simen, besi,pembinaan pelabuhan-pelabuhan.Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu.
Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji, berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun. Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal. Selepas tahun 1870 kerajaan tealh mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan  Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesin-mesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil, simen, dan kertas ditubuhkan.

Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi ,teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama. Para pelajar telah dihantar ke luar negeri  untuk mendalami bidang pertanian, khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden, baja kimia, cara mengawal penyakit, pemasaran dansebagainya. 

Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi,teh ,buah-buahan telah diberi tumpuan utama.Tumpuan  juga diberi pada program perindustrian berat .Pemimpin-pemimpin telah berusaha memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah, pembinaan untuk melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara industri.

Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi syrikat-syarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji. Kumpulan ini menjadi penggerak dalam semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan raya, landsan keretapi, penubuhan bank-bank dan sebagainya.
Institusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian secara besar-besaran dan mengurus kewangan negara.

Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ‘ryo’ kepada ‘yen’. Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi mengurus ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan baru, menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah perdagangan di dalam dan di luar negeri. Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di seluruh Negara.  Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900.Selain itu kerajaan Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik.

Sistem ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya, sistem keretapi, sistem pos dan telegraf, penerimaan organisasi saham bersama sebagai satu bentuk perbadanan, mengimport jentera serta memilik negarakan kilang-kilang.5.0POLITIKSebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun, pada 3hb Januari 1868, beliau telah melafaz beberapa ikrar. Ia bertujuan untuk menaik taraf negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :-

i. Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen
ii. Menggalakan  yang menghalang bidang pelajaran.
iii.Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan.
iv.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada
    orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam.
v.Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu
   dihapuskan.

Pada tahun 1873, sistem fiskal telah diubahsuai. Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan. Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga. Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru. Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi.

Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji. Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat. pemerintah Meiji juga telah menamatkan system ‘class’. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai, petukan, petani dan pedagang. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-keistemewaan  sebagai raakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan.

Pada 11hb. Februari 1886, Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji ( Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan. Pemerintah Meiji juga membuat perubahan dari dasar pemencilan kepada dasar berbaik-baik dengan negara barat.Pada tahun 1877 Menteri Luar negeri Terajima Munenori, telah membuka jalan perundingan dengan Amerika Syarikat.

Kerajaan Meiji juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin-peminpin negara barat khususnya Britain, Amerika Syarikat, German, Perancis, Belanda, Sepanyol, Portugis dan lain-lain untuk menimba berbagai-bagai disiplin ilmu khususnya sains dan teknologi. Pemerintah Meiji juga menumpukan kekuatan tentera menubuhkan sebuah Angkatan Tentera dengan menubuhkan Angkatan Tentera Darat dan Laut bertaraf Antarabangsa Gagah Perkasa- Berani Mati (Harakiri dan Kamekaze).

4 comments:

Anonymous said...

thanz 4 info..

Anonymous said...

terima kasih banyak2 :)

.. said...

Good..

.. said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment