My ads

Friday, November 12, 2010

PJM 3106: Struktur Asas

Pengenalan Kursus:

PJM 3106 meliputi konsep asas pengenalan kepada anatomi dan fisiologi. Penekanan diberikan kepada perbincangan tentang peringkat kimia, selular dan tisu organisma, sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, darah, jantung, saluran dan peredaran darah, sistem limfatik dan imuniti, sistem respirasi, sistem penghadaman, pemakanan dan metabolisma serta sistem urinari. 

Kita semua perlu mengenali dan mengetahui struktur tubuh dan sistem fisiologi supaya dapat memahami fungsi dan kegunaannya. Hal ini penting untuk kita dalam penjagaan kesihatan diri dengan cara yang betul. Pengenalan yang secukupnya dalam bidang anatomi dan fisiologi ini dapat membantu kami mengelakkan sebarang kecederaan atau masalah kesihatan yang mungkin timbul sebagai akibat daripada perlakuan yang salah.

            Anatomi, iaitu bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Anatomi merupakan bidang sains yang luas skopnya dan merangkumi beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tulang, paru-paru dan otot. Di sini, anatomi kasar terbahagi lagi kepada anatomi kawasan (regional), anatomi bersistem (systemic), dan anatomi permukaan (surface). Di samping itu, organisasi struktur manusia termasuklah, sistem integumentari, sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem kardiovaskular, sistem limfatik, sistem respiratori, sistem pencernaan, sistem urinary, dan sistem reproduktif.

0 comments:

Post a Comment