My ads

Monday, November 22, 2010

ISl 10: Hubungan Etnik Di Malaysia

Menghasilkan peta minda tentang unsur-unsur dalam perlembagaan berdasarkan bahan rujukan.




Unsur-unsur Perlembagaan
Huraian

Bahasa Kebangsaan

o   Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk maksud rasmi)
o   Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152
o   Tetap melindungi bahasa-bahasa lain
o   Memperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain

Agama Persekutuan

o  Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan
o  Termaktub dalam Perkara 3 (1)
o  Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan; agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan
o  Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya
o  Setiap agama mempunyai hak untuk;
Å      Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
Å      Menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat
Å      Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang

Pemerintahan Diraja

o   Telah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri Melayu
o   Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik
o   Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi
o   Raja Berperlembagaan – raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan

Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

o   Termaktub dalam Perkara 153
o   Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain
o   Di Sarawak – terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut, dan
o   Di Sabah – anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah


0 comments:

Post a Comment