My ads

Friday, November 12, 2010

Anatomi dan Fisiologi

Tugasan 1:
Huraikan dengan terperinci apakah yang dimaksudkan dengan
1.      Kitaran sistemik (systemic circulation)
2.      Kitaran pulmonari (pulmonary circulation)

Pengenalan sistem kardiovaskular
Sel-sel tubuh tidak mempunyai akses secara langsung kepada persekitaranluar tubuh bagi membolehkan sel-sel tersebut memperolehi keperluanhidup. Oleh yang demikian sel-sel tubuh terpaksa bergantung kepadasistem-sistem organ tubuh untuk kemandiriannya. Sistem kardiovaskularatau kardiorespiratori memikul tanggungjawab ini dengan mengangkutoksigen, nutrien dan lain-lain keperluan kepada sel dan membawa keluarsisa-sisa metabolisme serta produk-produk sel ke bahagian lain tubuh.

Komponen-komponen utama sistem kardiovaskular
(a) Jantung
·         Organ yang penting mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien.
·         Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu danberatnya kurang dari satu paun.
·         Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan,atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri.

(b) Darah
·         Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur seltermasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung didalam plasma.
·         Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah plasmadan 45% terdiri daripada eritrosit.
·         Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuhorang dewasa normal. Seorang dewasa yang berattubuhnya 70kg, mempunyai kira-kira 5-6 liter darah.

(c) Salur darah
·         Terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
·         Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapiperedaran dari jantung ke tisu dan kembali semula kejantung.

Fungsi sistem kardiovaskular
Sistem respiratori membantu membekalkan oksigen danmengkumuhkan karbon dioksida dari darah. Sistem peredaranmengangkut oksigen dari paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon dioksida dari sel-sel tisu ke paru-paru.Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen masuk kedalam paru-paru melalui salur pernafasan. Gas oksigen ini akandisimpan sementara dalam alveolus. Jantung mengepam darahnyahoksigen ke paru-paru melalui kitaran pulmonari. Gas-gasoksigen dan karbon dioksida meresap melintasi membran alveolusdan kapilari. Karbon dioksida dihembus keluar dari paru-parumelalui salur pernafasan. Oksigen yang melintasi membran alveolusdan kapilari akan meresap ke dalam darah. Darah beroksigendiangkut ke jantung dan dipam melalui arteri untuk diagihkan kepadasel-sel tisu badan.



Struktur dan fungsi bahagian-bahagian jantung
Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputiepikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam.Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan keduaduaruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial.Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebihtebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel.

Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerimadarah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atriumkiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru.Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yangditerima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-parusementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.

Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteriyang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satuarah sahaja.Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan alirandarah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari daninjap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yangkeluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.

Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium danendokardium. Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injapsemilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arahsahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat duainjap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injapbikuspid pada bahagian kiri jantung.Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonaridan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu.


Keluaran jantung (Ǭ)
Keluaran jantung adalah jumlah isipadu darah yang dipam keluar olehventrikel kiri dalam satu minit.Keluaran jantung boleh diukur dengan menggunakan rumus berikut :

Ǭ= KDJ x IS

Keluaran jantung = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit x Isipadu Stro

Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung seminit.Keadaan ini dikawal oleh tindakan sistem saraf autonomik. Kadar denyutanjantung setiap individu adalah berbeza kerana dipengaruhi oleh faktor-faktorseperti umur dan tahap keaktifan individu. Kadar denyutan jantung rehatindividu yang aktif adalah rendah berbanding dengan individu yangsedentari.

Kadar denyutan rehat boleh diperolehi dengan mengira bilangandenyutan jantung seminit di arteri karotid atau arteri radius semasa individuberada dalam keadaan rehat.Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikel kiri. Isipadu inidisukat dalam unit liter sedenyutan. Isipadu strok lelaki adalah lebih besarberbanding isipadu strok perempuan. Kedudukan badan jugamempengaruhi isipadu strok. Isipadu strok adalah agak besar pada individuyang berbaring berbanding dengan individu yang berdiri. Perbezaan iniberkaitan dengan kesan graviti ke atas sistem kardiovaskular.

Contoh:
Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan rehat sebanyak72 denyutan seminit dan isipadu strok sebanyak 70ml ialah 5L/ min.
Ǭ= KDJ x IS
= 72 x 0.07
= 5.04
= 5L / min

Peredaran darah
Sistem peredaran darah terbahagi kepada kitaran pulmonari dan kitaransistemik.

Kitaran sistemik
Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen serta nutriendibawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigenkembali ke jantung.

·         Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru.
·         Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta
·         Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar.

Kitaran pulmonari
Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah nyahoksigen keparu-paru untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigendikembalikan ke jantung.

·         Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan.
·         Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonari
·         Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.


Faktor-faktor yang mempengaruhi kembalian darah ke jantung
Apabila otot-otot menguncup, vena tertekan dan darah dalamnyaditolak ke arah jantung. Injap-injap pada vena menghalang darahdaripada mengalir ke arah belakang. Ia hanya membenarkan darahmengalir satu arah iaitu ke jantung.Semasa otot-otot mengendur, vena-vena tersebut akan dipenuhisemula dengan darah. Proses penguncupan dan pengenduran ototmembolehkan darah dialirkan ke jantung.Semasa inspirasi, tekanan intratorasik menurun menyebabkan venadarah dalam rongga toraks mengembung dan ini memaksa darahmengalir ke arah atrial kanan jantung. Apabila tekanan intratorasikmeningkat semasa ekspirasi, vena-vena tersebut dipenuhi semuladengan darah nyahoksigen. Semakin tinggi tekanan ini, semakinbanyak output jantung. Pernafasan yang membantu keluaran jantungdikenali sebagai “pam pernafasan”.


Tugasan 3:
Huraikan fungsi-fungsi
        i.            AV Valve
      ii.            Semilunar Valve
Pengenalan
Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikal dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.
Injap Atrioventrikular (AV)
¨  Injap atrioventrikular (AV) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikal sahaja dan seterusnya ke arteri.
¨  Terdapat dua injap AV iaitu injap triskupid pada sebelah kanan jantung dan injap biskupid pada bahagian kiri.

Injap Semilunar
¨  Injap semilunar pulmanori dan injap semilunar aortik menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmanori dan aorta.
¨  Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu.


Fungsi dan Kedudukan Injap Atrioventrikular (AV) & Injap Semilunar

Injap
Kedudukan
Fungsi
Injap Atrioventrikular (AV)
Triskuspid
Di antara atrium kanan dan vebtrikal kiri
Menghalang darah di ventrikal kanan daripada mengalir ke dalam atrium kanan ketika pengecutan ventrikal
Biskupid
Di antara atrium kiri dan ventrikal kiri
Menghalang pengaliran semula darah daripada ventrikal kiri ke dalam ventrikal kiri ketika pengecutan ventrikal
Injap Semilunar
Semilunar pulmonari
Depan batang pulmonari
Menghalang pengaliran semula darah daripada batang pulmonari ke dalam ventrikal kanan ketika ventrikan rehat
Semilunar aortik
Depan dinding aorta
Menghalang pengaliran semula darah daripada aorta ke dalam ventrikal kiri ketika ventrikal rehat



Tugasan 4:
Jelaskan apakah kecacatan atau masalah yang berlaku pada  jantung.

a)      Penyakit injap jantung
Jantung mempunyai empat injap. Masalah injap-injap tersebut ialah sama ada menjadi sempit atau bocor. Injap jantung merupakan bahagian yang sering dirosakkan oleh penyakit “thematik fever”.

b)     Penyakit jantung congenital
Penyakit ini berlaku sejak dilahirkan. Masalah penyakit ini ialah dinding jantung tidak tertutup dengan sempurna dan keadaan ini menyebabkan jantung berlubang.

c)      Penyakit otot-otot jantung
Apabila otot jantung rosak, maka fungsi jantung sebagai pam darah akan tergendala. Penyakit yang sering merosakkan otot jantung ialah darah tinggi, serangan virus dan sesetengah lagi punca yang masih tidak diketahui.

d)     Gangguan degupan jantung
Jantung mempunyai pendawaian semula jadi, iaitu berdenyut mengikut rentak (timer) yang menerima rangsangan terus dari sistem saraf dan hormon di dalam darah. Kelainan pada sistem pendawaian, kerosakan rentak atau otot jantung menyebabkan jantung berdenyut dengan kelajuan yang terlalu cepat atau perlahan (aritmia).

e)      Penyakit jantung koronari
Keadaan penyakit ini ialah pembuluh koronari yang membawa darah ke jantung yang licin dan tidak mempunyai sebarang lapisan ini menjadi tebal dan sempit. Penyempitan ini berlaku akibat daripada pelekatan lemak atau kolesterol di dalam darah pada dinding pembuluh koronari. Masalah ini menyebabkan darah sukar mengalir secara lancar ke otot-otot jantung. Kesan “ischemia” berlaku di mana jantung kekurangan oksigen dan tenaga untuk bekerja dan penghidap penyakit itu akan berasa sakit dada. Sekiranya keadaan ini berlaku secara tiba-tiba iaitu yang dikenali sebagai “heart attack”, maka bekalan darah ke jantung akan terputus dan penghidap penyakit akan mati secara tiba-tiba.

f)       Kebiruan (cyanosis)
Bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir dan hal ini disebabkan oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.

g)      Kecacatan jantung jenis sumbatan
Pulmonari stenosis (PS) terjadi apabila berlaku penyempitan antara ventrikel kanan dan arteri pulmonari. Penyempitan injap ini boleh diatasi dengan memasukkan belon melalui salur darah di kaki.

 

Tugasan 5:
Kira kadar nadi latihan anda untuk 80%

Denyutan nadi

Denyutan nadi pada pergelangan tangan atau arteri di leher, menggunakan jari tangan, dibantu detikan pada arloji kita.

Menghitung nadi pergelangan tangan dilakukan dengan meletakkan jari telunjuk dan jari tengah pada sisi luar tangan, arah terletak ibu jari. Cari urat pergelangan tangan, kemudian geser sedikit ke arah luar (seperti foto ilustrasi). Tekan ringan, kerana apabila terlalu kuat,ia akan menghentikan aliran darah, sehingga denyut tak teraba.

Denyut nadi memang biasa dihitung dalam hitungan detik, biasanya 10 detik, kemudian dikalikan enam untuk mendapatkan nilai seminit; atau 15 detik, untuk mendapatkan nilai semenit kalikan empat. Namun, nadi istirehat sebaiknya dihitung satu minit penuh. Menghitung nadi latihan berbeda dengan nadi istirahat, 10 detik sudah cukup, kalikan enam untuk mendapat nilai satu minit. Apabila aktiviti yang dilakukan pada keadaan tidak bergerak, nadi dihitung tanpa menghentikan kayuhan. Namun, apabila berjalan atau jogging, berhenti dulu, jalan di tempat, dan segera hitung nadi kerana apabila ditunda, nadi akan menurun dengan cepat.

Arteri atau pembuluh darah karotis merupakan pembuluh darah besar ,mudah ditemukan, tepat pada sisi kanan-kiri batang tenggorok/ jakun. Jangan menekan terlalu kuat dan hanya pada satu arteri, karotis, karena bila ditekan terlalu kuat, denyut jantung dapat menurun dengan cepat dan membahayakan.


Berapa kali per minit denyut nadi kita?

Denyut nadi bukanlah suatu nilai yang terpatok.  Ukurannya merupakan range, dari terendah saat iaitu istirahat kepada tertinggi iaitu saat kita bekerja paling keras. Nadi terendah merupakan denyut nadi saat bangun tidur, belum melakukan aktiviti. Denyut nadi tertinggi diperoleh dengan jentera lari atau sepeda dengan pengawasan doktor. Namun, kita biasa memperoleh denyut nadi maksimal prediksi, iaitu dengan menggunakan perhitungan: 220 - umur. Nilai prediksi ini merupakan rujukan untuk 100%. Untuk seseorang berusia 40 tahun, maka nilai prediksi maksimalnya: 220 - 40= 180 kali per minit.

Mengukur Kadar Nadi

Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu jari kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga.

Kadar Nadi Rehat (KNR)

Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah dilakukan dan didarab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit.


Contoh:
12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.

Kadar Nadi Maksimum (KNM)
Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220 telah ditetapkan oleh ahli-ahli fisiologi senam sebagai satu angka tetap formula.

Contoh 1:
Umur Lee ialah 22 tahun.
KNM = 220 – 22= 198 dsm.

Kadar Nadi Latihan (KNL)
Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)


Contoh :
KNM = 220 – 22(umur) = 198 dsm
KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6 = 72 dsm.
KNL = KNM – KNR
= 198 – 72
= 126 dsm.

Kadar Nadi Sasaran (KNS)
Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 80% ialah dengan menggunakan formula ini.

Contoh :
(KNM – KNR) x 0.8 + KNR
= (198 - 72) x 0.8 + 72
= (126) x 0.8 + 72
= 172.8 dsm



Contoh 2:
Umur Ahmad ialah 22 tahun.
KNM = 220 – 22= 198 dsm.

Kadar Nadi Latihan (KNL)
Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)

Contoh :
KNM = 220 – 22(umur) = 198 dsm
KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6 = 72 dsm.
KNL = KNM – KNR
= 198 – 72
= 126 dsm.

Kadar Nadi Sasaran (KNS)
Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 80% ialah dengan menggunakan formula ini.

Contoh :
(KNM – KNR) x 0.8 + KNR
= (198 - 72) x 0.8 + 72
= (126) x 0.8 + 72
= 172.8 dsm



Contoh 3:
Umur Fatimah ialah 21 tahun.
KNM = 220 – 21= 199 dsm.

Kadar Nadi Latihan (KNL)
Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)

Contoh :
KNM = 220 – 21(umur) = 199 dsm
KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6 = 72 dsm.
KNL = KNM – KNR
= 199 – 72
= 127 dsm.

Kadar Nadi Sasaran (KNS)
Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 80% ialah dengan menggunakan formula ini.

Contoh :
(KNM – KNR) x 0.8 + KNR
= (199 - 72) x 0.8 + 72
= (127) x 0.8 + 72
= 173.6 dsm



Contoh 4:
Umur Hafiz ialah 21 tahun.
KNM = 220 – 21= 199 dsm.

Kadar Nadi Latihan (KNL)
Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)

Contoh :
KNM = 220 – 21(umur) = 199 dsm
KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6 = 72 dsm.
KNL = KNM – KNR
= 199 – 72
= 127 dsm.

Kadar Nadi Sasaran (KNS)
Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 80% ialah dengan menggunakan formula ini.
Contoh :
(KNM – KNR) x 0.8 + KNR
= (199 - 72) x 0.8 + 72
= (127) x 0.8 + 72
= 173.6 dsm

0 comments:

Post a Comment