My ads

Tuesday, November 23, 2010

Prinsip-prinsip Peraturan Moral

Prinsip-prinsip peraturan moral:

Prinsip moral dapat dibahagikan kepada tiga:

Prinsip Autonomi ( Autonomous):

            Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Sebenarnya, konsep ini bermaksud, membenarkan seseorang individu tersebut untuk bebas membuat apa yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Ia adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan atau paksaan. Atau, dalam lain perkatan, apakah jenis kemahuan yang inigin dibuat atau apakah jenis paksaan yang perlu diketepikan? ( Hena et.al, 1992)

Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil. Individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah daridapa kuasa luar. ( Koo, 1990)

Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara- perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain. Terutama sekali sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu yang berkepentingan kepada diri sendiri, maka ia boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan konsep autonomi tersebut.

Contoh 1: Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun.

Contoh 2: Norhadi memilih tidak membakar sampah-sarap atau membuang sampah-sarap dengan merata-rata dan sesuka hati. Hal ini kerana dia menyedari bahawa perbuatan ini akan menyebabkan bumi kita “sakit”. Dia mempunyai ilmu pengetahuan tentang melindungi alam sekeliling dengan sempurna tetapi bukan disebabkan takut akan dihukum atau diberi dendaan oleh pihak berkuasa.

Contoh 3: Habib memilih belajar dengan bersungguh-sungguh di samping membuat kerja rumah yang diberi oleh cikgu dan menghantar pada masa tetapnya. Selain itu, dia juga membuat ulangkaji setiap malam selepas habis makan malam. Habib membuat demikian bukan disebabkan dia takut didenda atau dimarahi oleh guru atau ibu bapanya akan tetapi dia  sedar bahawa sebagai seorang murid, tanggungjawabnya adalah belajar dan cuba mendapat keputusan yang baik. Maka dia selalu membuat kerja rumah dan membuat ulangkaji tanpa disuruh oleh orang lain.

Contoh 4: Lau memilh untuk menyayangi adiknya yang baru berumur 5 tahun. Dia selalu menjaga dan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada adiknya supaya adiknya tidak menghadapi sebarang masalah atau kecederaan dalam kehidupannya. Lau berbuat demikian bukan disebabkan mahu dipuji oleh ibu bapanya dan mendapat ganjaran daripada ibu bapanya, maka dia berbuat demikian adalah disebabkan oleh dia menyedari tanggungjawab menjadi seorang abang yang baik.

 Contoh 5: Frederik memilih pergi menyertai kelas Wu Shu pada setiap hujung minggu selama 2 jam sehari. Dia memberi perhatian semasa dalam kelas Wu Shu dan  belajar teknik Wu shu  dengan bersungguh-sungguh. Dia berbuat demikian bukan kerana mahu menunjukkan diri dan bergaduh dengan orang lain. Dia berbuat demikian adalah disebabkan oleh dia menyedarkan bahawa Wu Shu dapat menyihatkan badan di samping dapat mempertahankan diri semasa waktu kecemasan.


Prinsip Keadilan(Justice) :

Apabila membuat sesuatu keputusan dalam dilema moral kita boleh menggunakan prinsip moral yang paling asas, khususnya prinsip “keadilan” dan prinsip “altruisme” yang merupakan nilai asas dan juga ibu kepada nilai-nilai murni yang lain.Oleh itu, dua prinsip ini akan digunakan sebagai contoh dalam penjelasan bentuk etika. Istilah “keadilan” (justice) berasal daripada perkataan Latin Justus yang bermaksud  “law,right”. Kini “justice”digunakan sebagai “the quality of being righteous; rectitude; impartiality; fairness”.  Menurut Kamus Dewan “keadilan” bererti sifat ( orang, perbuatan, tindakan, keputusan, undang¡-undang,hukuman dll) yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana¡-mana(apabila memutuskan sesuatu dan sebagainya). Oleh itu, konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua orang dengan cara yang saksama tanpa mengira siapa orang itu. Dalam erti kata Iain, perbuatan dan tindakan ketidakadilan (injustice) tidak membawa apa-apa manfaat kepada sesetengah orang kerana dalam tindakan atau perbuatan ini, tetap ada sesetengah orang yang berasa tidak puas hati dan akan berasa marah terhadap orang yang mempraktikkan ketidakadilan ini.

Prinsip Keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam semua perkara sebagai contoh dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan. Menurut agama Islam, konsep keadilan adalah boleh dikatakan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu tempat yang sesuai dan sepatutnya di mana ia melibatkan kesaksamaan atau keseimbangan yang sepatutnya.

Keadilan merupakan satu piawai yang penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan pemikiran atau pentaakulan. Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, maka individu tersebut akan sentiasa berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun. Ini secara langsung akan membawa individu tersebut untuk mengawal dirinya daripada unsur-unsur yang buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan dan sebagainya.    

Contoh 1 : Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja . Perkara tersebut membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut.

Contoh 2: Cikgu Habdi adalah guru Bahasa Melayu kelas 1A. Cikgu Habdi melayani anak muridnya dengan sama rata tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Di samping itu, Habdi juga memilih kasih terhadap muridnya yang lebih pandai dan memandang rendah terhadap anak muridnya yang kurang pandai. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di kelas, Cikgu Habdi akan memberi peluang kepada semua murid untuk mengeluarkan pendapat dan menjawap soalan yang dikeluarkan olehnya. Beliau tidak memilih kasih dengan hanya memanggil anak murid yang pandai sahaja untuk menjawap dan memberi pendapat di dalam kelas. Kesemua sikap Cikgu Habdi telah menunjukkan bahawa beliau telah mengamailkan prinsip keadilan.

 Contoh 3: Amanda telah menjadi ibu kepada dua orang anaknya. Amanda sentiasa memberi hadiah atau barang yang terbaik untuk anak bongsunya dan sentiasa memarahi anak sulungnya yang satu lagi. Hal ini disebabkan anak bongsunya lebih pandai daripada anak sulungnya. Dia sentiasa anak sulungnya tidak berguna dan sentiasa memburukkan nama anak sulungnya ddan memuji anak bongsunya di depan jiran-jirannya. Dia tidak prihatin terhadap anak sulungnya dan meletakkan kasih sayangnya ke atas anak bongsunya. Ibu Amanda ini telah melanggari prinsip keadilan dan ini akan mendatangkan akibat yang buruk dalam jangka masa yang panjang.


Prinsip Altruisme:

            Prinsip “altruisme” juga merupakan prinsip etika yang penting sebagai rujukan  semasa melakukan sesuatu tindakan moral. Nagel, Thomas (I970) dalam buku The possibility of altruism menjelaskan perkataan altruisme sebagai “sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain”. Oleh itu, altruis (altruist) ialah orang yang pemurah, atau dermawan. Nagel, T. juga berpendapat bahawa untuk memperoleh sifat altruism dalam diri sendiri, seseorang individu mesti iuga bersifat empati, iaitu berkebolehan meletakkan diri dalam kedudukan orang Iain; bersifat terbuka dan percaya akan orang Iain; serta bertoleransi dan boleh menerima orang lain. Frankena, W.K.(I973) melaporkan pandangan Butler tentang altruisme bahawa kadang-kadang seseorang individu menuntut kepuasan bukan untuk dlrl sendiri, tetapi untuk orang lain, seperti pengorbanan diri (self sacrifice). Mengikut Frankena, W. K., jawapan yang biasa diberikan oleh ahli egois psikologikal tentang prinsip etika ini ialah "Ya, kita melakukannya untuk orang lain, tetapi kita mendapat kepuasan daripada perbuatan ini. Kepuasan inilah yang menjadi tujuan kita melakukannya. Melakukannya adalah satu cara kita mencapai kepuasan. Oleh itu, ia juga adalah untuk kepentingan diri sendiri" Ini ialah pandangan ahli egois, tetapi untuk altruis, mereka masih menganggap bahawa ada sesuatu altruism dalam sifat manusia, iaitu manusia hanya hendak melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain.

Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup  dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa.

Contoh  2 :  Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma RM60,000.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat ( AS ) di Iraq. Wang tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka lagu. Beliau ialah Khatijah Khalilul Rahman. Khatijah memang unik, seumur hidupnya belum tentu beliau akan menerima wang yang sebegitu banyak. Satu sen pun tidak diambilnya. Tanpa apa-apa tujuan mencari nama atau mempromosi  syarikat atau pertubuhan, gadis remaja itu mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya.Khatijah, semoga Allah merahmati hidupmu! Semoga anda sentiasa menjadi contoh insan yang sentiasa menjunjung amalan murni dan kemanusiaan.

Walaupun keadilan dan altruisme merupakan prinsip utama dalam bentuk etika, terdapat perbezaan antara kedua-dua prinsip etika ini, iaitu keadilan adalah sesuatu perkara (perbuatan, kelakuan dan tindakan) yang rasional, manakala altruisme adalah satu sifat yang bukan sahaja amat mulia tetapi terlalu mulia. Oleh itu, ia kadang-kadang tidak dianggap sebagai satu keperibadian mulia, tetapi adalah satu sifat keterlaluan manusia yang agak luar biasa. Walau bagaimanapun, kedua-dua prinsip ini ialah asas kepada pembentukan nilai-nilai moral yang lain, seperti kejujuran, kebijaksanaan, keberanian, kesabaran, kesyukuran, kerajinan, dan sebagainya. Nilai-nilai inilah yang membenarkan seseorang insan bertindak dengan lebih cekap dan lebih berkesan apabila berdepan dengan situasi yang luar biasa, seperti dalam dilema moral.


Kesimpulan:

Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kemoralan bermaksud mengikuti secara reflektif segala peraturan masyarakat dan memupuk sifat-sifat murni atau sikap serta ciri-ciri watak yang boleh dipuji dan secara sejagat disahkan sebagai bermoral. Peraturan-peraturan dan sifat-sifat murni ini adalah selaras juga dengan prinsip-prinsip yang digubal secara nyata dan rasional seperti prinsip-prinsip autonomi, keadilan dan alturisme. Tetapi rujukan kepada prinsip-prinsip moral yang asas ini tidaklah dengan sewenang-wenangnya tanpa mempertimbangkan situasi atau keadaan di mana individu itu bcrada. Peraturan-peraturan moral yang perlu diikuti olch individu dan sifat-sifat murni yang patut dipupuknya adalah yang demikian dibentuk oleh keadaan situasi yang mengemukakan masalah moral; tetapi peraturan-peraturan dan sifat-sifat murni itu akhirnya ditentukan oleh prinsip-prinsip moral yang telah dipilih oleh individu tersebut. lndividu yang dikatakan bermoral merupakan seorang yang bertanggungjawab dan memahami akan keperluan peraturan-peraturan tertentu dalam masyarakat, tetapi individu ini tidaklah pula mengikuti peraturan-peraturan itu tanpa berfikir dan dengan cara tidak kritikal. Individu berkenaan juga mempu-nyai sifat-sifat murni yang boleh dipuji, iaitu seorang yang berwatak altruistik-autonomous. Apabila berhadapan dengan isu dan dilema moral, individu ini dapat membuat tanggapan tentang keadaan situasi yang mengemukakan masalah itu, pertimbangan dan keputusan yang diambilnya secara sengaja dan bebas mestilah akhirnya ditentukan oleh prinsip-prinsip moral seperti autonomi, keadilan dan altruisme. Selecapai sesuatu keputusan yang dipertimbangkannya sebagai benar, individu ini patut bertindak terhadap keputusan itu. Ringkasnya, individu yang matang dari segi moral ialah individu yang berautonomous, adil dan altruistik dalam pentaakulan, perasaan dan tingkah lakunya, di samping mempunyai rasa kesal apabila terpaksa melakukan sesuatu (walaupun ditentang oleh kemahuannya sendiri) kerana konflik misalnya , di antara nilai dengan tanggungjawab.

4 comments:

kausalyah naidu said...

dpt banyak ilmu selepas baca blog ini.......
terima kasih

tree builder said...

thanks for supporting

Anonymous said...

thanks r...ats info n ilmu2 yg dikongsi bersama..

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian yang diberi...

Post a Comment