Tajuk:
Hubungan positif guru-murid penting untuk menjalin hubungan mesra demi membina bilik darjah yang kondusif. Terangkan 4 langkah atau cara yang boleh diambil oleh guru untuk menjalin hubungan yang positif antara guru dan murid.
Pengenalan:
Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmonis dengan murid-murid perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha dari pihak guru. Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid. Pertama, hubungan perlu dibina bermula dari pertama penggal persekolahan. Guru perlu menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint (2005) menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negatif dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan sentiasa menggalakkan emosi positif seperti yakin diri, seronok, dihargai dan selamat. Guru-guru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh murid-murid disamping memberikan kesan positif kepada guru. Guru akan meresa seronok untuk mengajar apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. Guru yang seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti P&P dengan lebih berkesan.
Pada pendapat kami, strategi-strategi berikut boleh digunakan dan dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan positif dengan murid-murid: