My ads

Friday, November 12, 2010

ISL 14B

Tajuk:

Cari bahan dan bincangkan pernyataan berikut:

Peningkatan  dalam penggunaan pangkalan data  dalam  masyarakat serta  kemudahan internet telah memudahkan maklumat peribadi diakses oleh sesiapa pun.  Apakah implikasi  yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi palajar di sekolah? Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi?


IMPLIKASI YANG WUJUD BERKAITAN DENGAN KESELAMATAN DAN PRIVASI DI SEKOLAH

1.    Kehilangan privasi, maklumat dan latar belakang murid diketahui oleh sesiapapun,
2.    Hak individu tidak  dijamin,
3.    Keselamatan tidak terjamin, keluarga yang berpendapatan tinggi, anaknya mungkin menjadi mangsa culik. 
4.    Identiti pelajar disalahguna dalam kes jenayah.
5.    Keselamatan maklumat peribadi pelajar tidak dijamin.
6.    Maklumat pelajar mungkin disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
7.    Privasi pelajar tidak terjamin jika maklumat dalam sistem pangkalan data mudah diakses oleh pihak luar
8.    Jika maklumat pelajar tidak dilindungi dengan baik, mungkin ia akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa jenayah ICT
9.    Maklumat pelajar mungkin akan digunakan oleh orang lain untuk menjalankan sesuatu yang tidak baik.

PERANAN GURU DALAM ISU KESELAMATAN DAN PRIVASI

1.    Menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan;
2.    Memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa;
3.    Menentukan maklumat sedia untuk digunakan;
4.    Menjaga kerahsiaan kata laluan;
5.    Mematuhi standard, prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan yang ditetapkan;
6.    Memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaranpenyampaian, pertukaran dan pemusnahan;
7.    Menjaga kerahsiaan langkahlangkah keselamatan ICT dari diketahui umum.

0 comments:

Post a Comment