My ads

Saturday, October 8, 2011

Serik

“Seorang siswazah bernama Maimun, 22 tahun didapati bersalah kerana telah melakukan hubungan seks di luar nikah bersama seorang lelaki bernama Samat Ali, juga 22 tahun. Maimun yang kini sedang mengandung tiga bulan juga didapati bersalah kerana telah mencuba menggugurkan anak di dalam kandungannya itu. Kedua-dua pesalah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun. Memandangkan keadaan Maimun yang sedang mengandung, dia terlepas dari hukuman sebat manakala Samat Ali akan disebat 100 kali. Mereka harus bernikah dan upacara pernikahan akan diadakan di pejabat pendaftaran perkahwinan Islam yang akan dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak dan pegawai polis. Hukuman penjara akan tetap dijalankan selepas upacara tersebut.”

Sediakan Payung Sebelum Hujan

 

“Sediakan payung sebelum hujan!”

“Sekarang musim panas cik kak oi mana ada hujan turun!”

“Tak semestinya tunggu hujan baru nak sediakan payung. Kalau tak ada payung apabila hujan turun macam mana? Baru nak cari kedai payung? Pinjam orang payung? Dengar aku cakap sediakan payung sebelum hujan.”

Salah Siapa

 

"Apa salah aku??!! Apa salah aku??!!!Cakap pada aku apa salah aku!!!" jerit Pak Rashid dengan tubuhnya disandar di pintu biliknya dan dadanya ditepuk tepuk beberapa kali.

"Mengucap bang Rashid mengucap! Bawa istighfar banyak banyak. Ini bukan caranya untuk melepaskan geram!" Mak Timah isteri Pak Rashid cuba melegakan keadaan yang sememangnya hangat bak air panas yang baru mendidih.

Pergi Tak Kembali

"Aaarrrrggggghhhhhh!!!! Baaaannnnggggsssssaaaattttttt !!!!"

Angin di luar amat bertiup sepoi sepoi bahasa, mengasyikkan mereka yang mengantuk tetapi bukan bagi dirinya yang baru menyambut hari jadinya yang kelima belas, tidak berapa lama dahulu. Hatinya amat pedih sekali. Pedih yang teramat dirasainya. Pedih memendam segala kekecewaan yang amat sangat.

"Ya Tuhan! Kenapa aku diseksa? Kenapa?! Kenapa??!!!"

Pentas Kehidupan

 

Nina pulang ke rumah lewat pada hari itu. Hari itu merupakan hari yang paling bahagia dalam hidupnya selama dua puluh lima tahun. Biasanya Nina akan bermuram durja selepas pementasannya dan tidak bergaul dengan teman-temannya yang sama bergiat aktif dalam dunia pementasan. Nina dikatakan seorang yang "anti-sosial", namun dia tidak hidup bagaikan katak di bawah tempurung. Setiap perkembangan dunia atau Singapura diketahui oleh Nina bagai di hujung jari.

Maafkan Abang Sayang

 

"Sorry lah yang. Abang sibuk. Lain hari kita jumpa ok?"

"Tapi abang dah janji nak jumpa Efa minggu ni!"

"Abang betul betul minta maaf. Abang tak boleh abaikan kerja begitu sahaja."

"Dah seminggu Efa tak jumpa abang tau!"

"Ok!Ok! Abang janji abang akan luangkan masa untuk Efa bila kerja abang semua dah selesai. Abang bawa Efa ke Sentosa ok?"

Cita-cita Sham

 

“Girls!! Kau tengok mat yang baru masuk gate tu. Cun lah. Eh ini mesti budak year one.”

“Aah lah. Fulamak! Power. Tak pernah aku nampak lelaki cun macam gitu. Eh budak year one ke? Manalah tahu dia cuma pelawat aje.”

“Tak lah aku rasa dia budak year one. Kau tengok tu dia bawak file lambang kolej nie.”

Bahala

CAK! CAK! CAK! CAK! CAK!

"Hoi! Jaga-jaga! Nanti dihempap oleh pokok tu pulak," teriak Kassim kepada kami semua. Pokok jati yang tua itu pun jatuh mencium tanah dengan bunyi yang kuat. Nasib baik kami berada jauh dari situ.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

 
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan satu isu semasa hangat sejak bermula pelaksanaannya. Isu PPSMI terkini adalah mengenai Perarakan Anti-PPSMI yang berlaku pada 7 Mac 2009. Ekoran daripadanya, timbul semula persoalan yang sering dipertikaikan selama ini samada PPSMI wajar diteruskan atau harus dimansuhkan.

FUNGSI BM

 

Mengapakah Bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia?

Sebelum membincangkan sebab pemilihan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, konteks Bahasa Kebangsaan perlu dijelaskan terlebih dahulu. Pada pendapat saya, Bahasa Kebangsaan bermaksud bahasa yang mewakili suatu bangsa dan memberi identiti kepada bangsa tersebut. Maka, pengenalan Bahasa Kebangsaan adalah penting bagi setiap negara terutamanya bagi negara yang bermasyarakat majmuk seperti Malaysia kerana Bahasa Kebangsaan akan menjadi alat komunikasi dan integrasi antara kaum berlainan ke arah perpaduan. Mengenai sebab pemilihan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, saya berpendapat sedemikian.

Bincangkan kemampuan BM memainkan peranan dalam era globalisasi khususnya dalam memenuhi konsep dunia tanpa sempadan.

 
Pada pendapat saya, peranan yang dimainkan oleh Bahasa Malaysia akan merosot dalam era globalisasi terutamanya dalam konteks dunia tanpa sempadan. Kenapakah saya berkata demikian? Berikut akan saya terangkan secara terperinci.

Gadis Di Bus Stop

Gadis Di Bus Stop

“Cepatlah Kadir. Nanti terlepaslah.”

“Eh, Mat boleh relaks tak? Kalau kau nak kau kejarlah sendiri. Kalau kau nak tolong angkat beg aku ini tak apa juga!”

“Lembab betul kawan aku ni. Nak kata gemuk tak gemuk tapi jalan macam pompan!”

“Eh, Dir mulut jaga sikit. Pompan punya pasal aku yang kau kutuk eh!”