My ads

Monday, March 7, 2011

Cerpen: Antara Harta & Keluarga

Antara Harta & Keluarga

“ Rin, kau tak balik Muar esok?”

“Aku tak ada masa. Besok aku ada tuisyen lepas tu aku ada banyak projek minggu depan nak kena hantar.”

“Kan cuti seminggu takkan satu hari pun kau tak balik rumah kau? Kau tak rindu ke mak bapak kau?”

“Kalau aku balik pun bukannya dapat tidur sana. Jika aku balik pagi, petang dah kena balik sini. Nis aku laparlah, yok pergi kantin.”

Serina cuba mengelakkan diri daripada menjawab soalan Nis. Serina tersentak dengan teguran temannya itu. Memang benar sudah lima bulan Serina tidak pulang ke rumah ibu-bapanya di Muar. Serina sedar bahawa sudah terlalu lama dia tidak bersua dengan ibu-bapanya. Anak mana yang tidak merindui ibu-bapanya tetapi kerana kesibukan Serina yang amat sangat membuatnya lupa akan ibu-bapanya di Muar yang mungkin menanti-nanti kepulangannya.

Bahasa Malaysia Komunikasi (BMK) Nota

 

Bahagian 1 (Ciri-ciri Wacana)

Bahagian 2 (Penanda Wacana)

Bahasa Sapaan, Protokol dan bahasa tubuh

Fungi Bahasa Malaysia

Komunikasi Bertulis 1

Komunikasi Bertulis 2

Komunikasi Khalayak

Laras Bahasa

Stilistik (Gaya Bahasa)

Terjemahan

Wancana pdf

Permainan Kecil Sukan Ragam: Jaga Telur Penyu

Jaga Telur Penyu

Kemahiran : Menghantar, Mengawal keseimbangan
Peralatan : Sudu, Bola ping pong, Mangkuk
Peraturan
a) Permainan ini dimainkan dalam kumpulan di dalam gelanggang badminton.
b) Pelajar-pelajar dibahagi kepada 5 kumpulan iaitu Kumpulan 1, Kumpulan 2, Kumpulan 3, Kumpulan 4 dan Kumpulan 5.
c) Setiap pelajar diberi 3 kali percubaan.
d) Pelajar perlu meletak bola ping pong pada sebatang sudu plastik dan berjalan atau berlari ke arah mangkuk yang terletak sejauh 3 meter dari pelajar.
e) Markah akan diberi apabila bola ping pong itu berjaya dimasukkan ke dalam mangkuk.
f) Setiap biji bola yang masuk diberi 10 markah.
g) Markah akan direkodkan oleh pelajar sendiri di atas papan skor pemarkahan.

Gambar proses permainan

Permainan Kecil Sukan Ragam: Lompat Kangaru

Lompat Kangaru
Kemahiran : Melompat, Mengepit, Mengawal
Peralatan : Bola sepak, Bakul sampah
Peraturan
a) Permainan ini dimainkan dalam kumpulan di dalam gelanggang badminton.
b) Pelajar-pelajar dibahagi kepada 5 kumpulan iaitu Kumpulan 1, Kumpulan 2, Kumpulan 3, Kumpulan 4 dan Kumpulan 5.
c) Setiap pelajar diberi 5 kali percubaan.
d) Pelajar perlu mengepit sebiji bola sepak pada paha dan melompat ke arah bakul sampah yang terletak sejauh 3 meter dari pelajar.
e) Markah akan diberi apabila bola sepak itu berjaya dimasukkan ke dalam bakul sampah.
f) Setiap biji bola yang masuk diberi 10 markah.
g) Sekiranya bola jatuh ke atas lantai, percubaan tersebut dikira batal.
a) Markah akan direkodkan oleh pelajar sendiri di atas papan skor pemarkahan.

Gambar proses permainan

Permainan Kecil Sukan Ragam: Piramid Tin

Piramid Tin
Kemahiran : Membaling, Menyasar
Peralatan : Bola getah kecil, Tin-tin minuman
Peraturan
a) Permainan ini dimainkan dalam kumpulan di dalam gelanggang badminton.
b) Pelajar-pelajar dibahagi kepada 5 kumpulan iaitu Kumpulan 1, Kumpulan 2, Kumpulan 3, Kumpulan 4 dan Kumpulan 5.
c) Setiap pelajar boleh membuat 3 balingan.
d) Pelajar perlu membaling bola getah kecil ke arah tin-tin yang disusun 2 meter dari pelajar.
e) Markah akan diberi apabila tin-tin itu jatuh. Tin-tin yang telah beralih tempat atau berdiri semua selepas jatuh tidak akan diberi markah.
f) Setiap tin yang jatuh diberi 5 markah.
a) Markah akan direkodkan oleh pelajar sendiri di atas papan skor pemarkahan.

Gambar proses permainan


Permainan Kecil Sukan Ragam: Masuk Tong

Masuk Tong
Kemahiran : Melontar, Menjaring
Peralatan : Bola getah kecil, Gelung, Bakul sampah
Peraturan
a) Permainan ini dimainkan dalam kumpulan di dalam gelanggang badminton.
b) Pelajar-pelajar dibahagi kepada 5 kumpulan iaitu Kumpulan 1, Kumpulan 2, Kumpulan 3, Kumpulan 4 dan Kumpulan 5.
c) Setiap pelajar diberi 5 kali percubaan. Setiap percubaan yang berjaya diberi 5 markah. Manakala percubaan yang tidak berjaya tidak diberi markah ataupun ditolak markah.
d) Pelajar perlu berdiri di dalam gelung dan melontar bola getah kecil ke arah bakul sampah yang terletak 1.5 meter dari pelajar.
e) Markah akan diberi apabila bola getah kecil itu masuk ke dalam bakul sampah.
f) Percubaan tersebut akan dibatalkan sekiranya kaki melepasi kawasan gelung.
a) Markah akan direkodkan oleh pelajar sendiri di atas papan skor pemarkahan.
Gambar proses permainan

Permainan Kecil Sukan Ragam: Bowling Padang

Bowling Padang
Kemahiran : Mengguling
Peralatan : Bola tenis, Gelung
Peraturan
a) Permainan ini dimainkan dalam kumpulan di dalam gelanggang badminton.
b) Pelajar-pelajar dibahagi kepada 5 kumpulan iaitu Kumpulan 1, Kumpulan 2, Kumpulan 3, Kumpulan 4 dan Kumpulan 5.
c) Setiap pelajar diberi 5 kali percubaan. Setiap percubaan yang berjaya diberi 5 markah. Manakala percubaan yang tidak berjaya tidak diberi markah ataupun ditolak markah.
d) Pelajar perlu berdiri di dalam gelung dan mengguling bola tenis ke arah gelung yang satu lagi yang terletak 2 meter dari pelajar.
e) Markah akan diberi apabila bola tenis itu berada di dalam gelung.
f) Percubaan tersebut akan dibatalkan sekiranya kaki melepasi kawasan gelung.
g) Markah akan direkodkan oleh pelajar sendiri di atas papan skor pemarkahan.
Gambar proses permainan

SUKAN RAGAM

Definisi

Sukan ragam ialah sukan yang melibatkan pelbagai aktiviti dan bentuk permainan. Ia bertujuan memberi peluang kepada pelaku yang memiliki kebolehan yang berbeza menyertainya dan menggunakan kemahiran-kemahiran asas pendidikan jasmani dalam aktiviti yang dirancangkan. Sukan ragam memberi peluang kepada semua pelajar mengambil bahagian dengan sepenuhnya kerana kemahiran asas pendidikan jasmani diutamakan di dalam setiap aktiviti. Ia tidak memerlukan peralatan sukan yang khas. Dengan itu, ia sangat fleksibel dan murah untuk dikendalikan. Sistem catatan markah juga adalah senang dan mudah difahami.

Sunday, March 6, 2011

Implikasi falsafah pendidikan Timur, Islam dan Barat terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

Konsep falsafah pendidikan adalah suatu konsep penjelasan pemikiran dan prinsip-prinsip yang memberi panduan serta masalah penjelasan halangan terhadapnya. Falsafah pendidikan menggabungkan matlamat-matlamat pendidikan, dasar-dasar dan amalan-amalan supaya menjadi sesuatu yang logis, tekal dan jelas.  Falsafah pendidikan di Malaysia telah dipengaruhi unsur-unsur daripada falsafah lain dari pelbagai bidang.  Antara falsafah yang mempunyai hubung kait dengan falsafah pendidikan di Malaysia adalah falsafah pendidikan Timur, Islam dan Barat.

Falsafah pendidikan di Malaysia boleh dihayati daripada Falsafah pendidikan kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada 1 988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan  arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

“ Pendidikan di Malaysia adalah Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan  kemakmuran  masyarakat dan negara.”

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, MatlaInat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Program KBSR dan KBSM adalah dirancang untuk
mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini.

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan di mana pernyataan diambil ini daripada pendapat  tokoh Barat iaitu John Jacques Rousseau (1712-1778) yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses berterusan yang bermula semasa kecil.  Pendidikan di Malaysia yang mengutamakan aspek JERI merupakan implikasi daripada pendidikan barat.  Malaysia pernah dijajah oleh kuasa Barat iaitu British dan telah memperkenalkan sisstem pendidikan Barat suatu masa dahulu.  Tenaga pengajarnya terdiri daripada pegawai British.  Mereka telah membawa masuk unsur-unsur yang terdapat dalam pendidikan Barat seperti perenialisme, essensialisme, progresivisme dan rekonstruktivisme.  Unsur perenialisme dapat dilihat melalui mata pelajaran kesusasteraan Melayu di mana pelajar mengkaji karya-karya yang dihasilkan oleh sasterawan negara. 

Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan sama ada di negara Barat, Timur ataupun faIsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan sesuatu falsafah pendidikan yang mempunyai ciri tersendiri. Bagaimanapun, ia pula mengandungi sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah pendidikan Islam.

Jika ditinjau secara keseluruhan, falsafah pendidikan kebangsaan adalah lebih mirip dengan falsafah pendidikan rekonstrruktivisme. Kedua-dua  menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran.

Oleh sebab falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum bersepadu sekolah rendah dan menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk membolehkan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran secara individu. Di dalam tempat belajar, sekolah merupakan masyarakat kecil yang bercorak
demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara berkumpul. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasionaI, iaitu mata pelajaran yang pula dititikberatkan mengikut tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.

Salah satu Fungsi pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang.  Fungsi ini pula boleh dihayati daripada falsafah pendidikan rekonstruktisme, konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme.

Mengikut falsafah pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula dapat dihayati daripada falsafah pendidikan Islam ini. Tambahan pula Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam KBSR dan KBSM mencerminkan ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi
rohani, emosi dan agama.

Oleh sebab sistem pendidikan pula menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang bercorak tradisional.

AbduI Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan falsafah pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme, iaitu sesuatu  falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah yang sedia ada.

Selain itu, konsep pendidikan Islam juga turut diterapkan ke dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Islam mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses secara berterusan bagi memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kepada kebaikan di dunia dan akhirat.  Ini dapat dilihat di mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut menyelitkan unsur intelek, akhlak, rohani, jasmani dan emosi.

Penerapan ini menjadikan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas kepada pendidikan di Malaysia.  Ini dapat dilihat sebahagian besar falsafah pendidikan kebangsaan menggunakan isi utama dalam falsafah pendidikan Islam.  Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis di samping mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan bukan sekadar duniawi tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan di Malaysia mencakupi aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan akhlak. Hal ini merupakan impikasi pendidikan Islam terhadap pendidikan di Malaysia. Pendidikan turut menyelitkan unsur kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manusia harus menyedari bahawa mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan dan mengikuti ajaran agama. Oleh sebab itu, mata pelajaran pendidikan Islam diwujudkan bagi mendedahkan kepda pelajar Islam tentang kewujudan Tuhan. Pelajar yang tidak beragama Islam juga didedahkan dengan kewujudan Tuhan. Hal ini menunjukkan pendidikan di Malaysia tidak mementingkan duniawi sahaja tetapi turut menyelitkan ilmu akhirat yang diambil daripada Falsafah Pendidikan  Islam.


Falsafah pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi.  Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan  moral,l politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam pendidikan di Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum pendidikan di China. Pendidikan di China menyatakan bahawa guru merupakan fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Kerajaan telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India juga menekankan peranan guru sebagai fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid serta menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, pendidikan sekarang bukan sekadar berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya mempunyai masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses komunikasi dua hala dan berkesan.

Pendidikan di Malaysia sememangnya menerapkan fakta-fakta dari falsafah pendidikan yang lain bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mantap dan berkesan terhadap para pelajar.  Pendidikan di Malaysia mementingkan aspek-aspek JERI di mana tata tertib, perlakuan dan pendidikan moral amat dititikberatkan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berpengetahuan tinggi di samping mempunyai perwatakan yang sopan.  Sukatan pelajaran sentiasa diubah supaya bersesuaian dengan peredaran zaman yang berlaku secara pesat.  Guru yang merupakan fasilitator utama dalam mendidik anak bangsa sering kali menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk digunakan di sekolah.

Ibu bapa juga telah menyedari pentingnya pendidikan pada masa kini.  Ini kerana sekiranya anak mereka tidak mendapat pendidikan yang secukupnya, mereka akan ketinggalan zaman dan mengganggur kemudian hari.  Ini juga menyebabkan kadar penggangguran di negara akan bertambah kerana tiada sesiapa yang mahu mengupah mereka sekiranyan mereka tidak mempunyai sebarang apa-apa pengetahuan dalam diri mereka.  Malahan banyak sekolah telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang bersekolah.  Banyak sekolah didirikan di luar-luar bandar.  Pengajaran dan pembelajaran di luar bandar dengan di dalam bandar diseragamkan.

Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu pendidikan yang berkesan dalam melahirkan banyak insan yang Berjaya walaupun kebanyakannya berpandukan daripada falsafah Barat, Timur dan Islam. Implikasi daripada falsafah tersebut masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia. 

 

 

 

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang saya gunakan. Kajian ini dilaksanakan dengan 4 kaedah iaitu pemerhatian, temu bual, perbincangan dan soal selidik.

Kaedah 1: Pemerhatian

Kaedah ini dijalankan dengan melihat pemandangan dan persekitaran sekolah. Di samping itu, saya juga telah melihat guru mengajar di dalam kelas. Pemerhatian ini direkodkan dengan membuat catatan dan mengambil gambar menggunakan kamera digital. Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini termasuklah;

•    Carta organisasi sekolah
•    Prasarana dan kemudahan sekolah
•    Mural sekolah
•    Kata-kata hikmah
•    Nilai-nilai murni dalam kalangan murid
•    Amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
•    Persekitaran bilik darjah
•    Aktiviti kokurikulum murid